AI : AKADEMIK



Program

Kursus Sijil Pertanian

Sijil telah diiktiraf setaraf dengan Sijil Politeknik (Teknikal) Politeknik-politeknik di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia sejak 18 January 1996 oleh JPA.

Pembiayaan kos pengajian sepenuhnya ditanggung oleh Kerajaan Negeri Sarawak (Jabatan Pertanian Sarawak).

 

Jangka Masa Kursus

Kursus Sijil Pertanian mengambil masa selama dua tahun (empat semester). Setiap sesi tahun pengajian mengandungi dua semester dan setiap semester terdiri daripada 20 minggu pengajian. Kursus ini dijalankan secara sepenuh masa dan merangkumi 73 jam kredit untuk dianugerahkan Sijil Pertanian.

 

Syarat-syarat Permohonan

Pengambilan dibuat berdasarkan syarat-syarat kelayakan berikut :

  1. Warganegara Malaysia berumur di antara 17 hingga 25 tahun pada masa kursus bermula.
  2. Berkelulusan SPM atau SPVM atau yang setaraf dengannya dan mempunyai kelayakan yang diperolehi dalam peperiksaan seperti berikut :
    • Lulus dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) dan
    • Lulus dalam Bahasa Inggeris dan
    • Lulus dalam matapelajaran Matematik dan
    • Kepujian dalam salah satu mata pelajaran iaitu Sains Pertanian, Sains, Geografi, Perdagangan, Prinsip Akaun, Ekonomi Asas, Pengeluaran Tanaman, Pengeluaran Ternakan, Hortikultur Hiasan dan Landskap, Kejenteraan Ladang, Pengurusan Ladang, Ekonomi Rumahtangga, Fizik, Kimia, Biologi, Sains Tambahan, Teknologi Bengkel Mesin, Kerja Menggegas dan Memesin, Teknologi Binaan Bangunan, Kerja Kayu dan Bata, Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam, Kerja Kimpalan, Teknologi Automotif,0)Menservis dan Membaiki Kenderaan, Prinsip Perniagaan, Asas Perakaunan, Perniagaan dan Keusahawanan, Asas Pemprosesan Maklumat, Teknologi Katering, Penyediaan dan Perkhidmatan Makanan, Matematik Tambahan, Pengajian Agroteknologi, Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Pengajian Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Teknologi Kejuruteraan, Teknologi Maklumat, Pengurusan Makanan, Katering dan Penyajian, Landskap dan Nurseri, Tanaman Makanan, Teknologi Bakeri dan Konfeksioneri, Membuat Roti dan Patisserie dan
  3. Berjaya dalam temuduga yang dijalankan dan
  4. Belum berkahwin.

 

Struktur Pengajian

Untuk mencapai matlamat Institut Pertanian, sukatan pelajaran disediakan mengikut kumpulan mata pelajaran berikut :

  • Mata pelajaran wajib meliputi matapelajaran asas dan kemahiran
  • Mata pelajaran pengkhususan di mana pelajar memilih salah satu daripada enam (6) bidang yang ditawarkan.

Semua pelajar wajib mengikuti Latihan Industri (LI) selama lapan (8) minggu pada akhir Semester IV. Latihan ini diadakan samada di sektor swasta atau kerajaan.

 

Subjek Yang Ditawarkan

TAHUN 1
Semester I
Semester II

 

  • English I
  • Pendidikan Islam I / Pendidikan Moral I
  • Pengurusan Tanah
  • Perlindungan Tanaman
  • Pengurusan Tanaman
  • Sayuran dan Singkat Masa
  • Pengurusan Tanaman
  • Perladangan
  • Kejuruteraan Pertanian I

 

  • English II
  • Pendidikan Islam II / Pendidikan Moral II
  • Hortikultur Hiasan
  • Asas Sains Makanan
  • Pengurusan Tanaman Buah-buahan
  • Pengurusan Ternakan I
  • Kejuruteraan Pertanian II
  • Komputer I
TAHUN 2
Semester III
Semester IV

 

  • English III
  • Tamadun Islam I
  • Pemasaran
  • Pengembangan Pertanian
  • Komputer II
  • Perniagaan Tani I
  • Pengkhususan:
    • Landskap I
    • Pengurusan Estet I
    • Pengurusan Ternakan II
    • Teknologi Memproses Hasil Pertanian I
    • Teknologi Pengeluaran
    • Tanaman Makanan I
    • Mekanisasi Ladang I

 

  • English IV
  • Tamadun Islam II
  • Pengurusan Am
  • Perniagaan Tani II
  • Pengkhususan:
    • Landskap II
    • Pengurusan Estet II
    • Pengurusan Ternakan III
    • Teknologi Memproses Hasil Pertanian II
    • Teknologi Pengeluaran Tanaman Makanan II
    • Mekanisasi Ladang II
  • Latihan Industri (LI)









home