SKIM PERSIJILAN SAYUR-SAYURAN

 

SKIM PERSIJILAN SAYUR-SAYURAN


SKIM PERSIJILAN SAYUR-SAYURAN (VCS)

Picture

Apakah Skim Persijilan Sayur-sayuran (VCS)

Ia adalah satu skim Jabatan Pertanian Sarawak yang ditujukan untuk penanam sayur-sayuran komersial. Peserta hendaklah mengikut syarat dan peraturan skim ini serta mengurus ladang berkonsepkan 'Amalan Pertanian Baik (GAP)'.

Kakitangan Jabatan Pertanian akan mengawasi ladang-ladang petani yang terlibat secara berkala. Untuk mengesahkan pematuhan, contoh-contoh sayur-sayuran yang dihasilkan dipungut untuk analisis sisa racun perosak. Satu sijil perakuan ada dikeluarkan setiap tahun tertakluk kepada petani-petani yang memenuhi semua syarat-syarat di bawah skim berkenaan.

Dengan skim seperti ini, pengguna-pengguna akan mempunyai keyakinan yang sayur-sayuran yang mereka makan adalah bebas daripada sisa baki racun perosak. Sayur-sayuran dihasilkan daripada ladang-ladang ini akan menembusi pasaran tempatan dan pasaran-pasaran eksport. Skim ini merupakan langkah penting ke arah jaminan kualiti keselamatan makanan di Sarawak.

Picture

Seorang peserta dengan sijil VCS yang dianugerahkan kepadanya

Objektif

  1. Memberi pengiktirafan kepada penanam sayur yang mengeluarkan sayur yang selamat dimakan dan mengandungi sisabaki racun makhluk perosak yang rendah.
  2. Memberi pilihan kepada pengguna untuk membeli sayur yang selamat dimakan.
  3. Untuk memudahcara petani-petani mendapatkan harga premium melalui peningkatan pengeluaran sayur-sayuran bebas racun perosak

 

Prosedur Pelaksanaan

Mengadakan kempen kesedaran dan sesi dialog

Picture
Mengadakan kursus 'Pengurusan Racun Makhluk Perosak dengan Selamat' untuk petani dan staf
Picture
Memantau kebun pemohon
Picture
Sampel sayur akan diambil untuk dianalisa kandungan sisabaki racun makhluk perosak
Picture
Memproses permohonan dan menyediakan sijil
Picture
Mengeluarkan Sijil Pengesahan sayur-sayuran yang selamat untuk dimakan
Picture
Meneruskan pemantauan dan khidmat nasihat ke atas kebun yang telah disahkan
Picture
Menjalankan kursus in-situ setiap kali lawatan pemantauan dijalankan
Picture
Mengambil sampel secara mengejut ke atas kebun yang telah disahkan
Picture
Memperbaharui sijil sah untuk tempoh setahun

 

Bagaimana untuk menguranngkan kandungan sisa baki racun makhluk perosak dalam sayur?

  • Baca dan ikut arahan pada label racun makhluk perosak
  • Minta nasihat daripada staf Jabatan pertanian jika kebun anda mengalami masalah perosak dan penyakit
  • Amalkan Tempoh Dilarang Mengutip Hasil (TDMH) seperti yang tercatat pada label
  • Mengamalkan kaedah 'Pengurusan Perosak Bersepadu (IMP) untuk kawalan penyakit dan perosak.
  • Menghadiri kurus 'Pengurusan Penyakit dan Perosak' yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian

 

Cara untuk Memohon / Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Unit Persijilan Sayur-sayuran,
Cawangan Perlindungan Tanaman dan Kuarantin,
Ibu Pejabat Pertanian Sarawak,
Tingkat 12-17, Menara Pelita,
Jalan Tun Abdul Rahman Yaakob,
93050 Kuching,
Sarawak

Tel: 082-441000

 

Sumbangan Oleh Unit Persijilan Sayuran (Vegetables Certification Unit)

[ Atas ]