PENANAMAN RAMBUTAN
1. Nama Tempatan: Rambutan (Nephelium lappaceum)
2. Varieti yang disyorkan:
Klon |
Ciri-ciri |
R3 |
Saiz besar, bulat dan berwarna merah. Isinya pejal, manis dan berair. |
R4 |
Saiz besar, memanjang dan berwarna merah. Isi tebal, manis dan berair. Hasil tinggi. |
R99 |
Buah memanjang dan berwarna merah. Isinya sangat pejal, rangup, kering dan sangat manis. |
R169 |
Saiz kecil, bulat dan berwarna merah. Isinya sangat pejal, rangup, kering dan manis.
|
R170 |
Saiz besar, memanjang dan berwarna merah. Isinya pejal, manis dan berair sedikit. |
RS6 |
Saiz besar, memanjang, berwarna merah dengan kulit tebal dan rambut panjang. Isinya tebal, manis, pejal dan berair sedikit. |
R191 (Rambutan Anak Sekolah) |
Buahnya agak bulat dan berwarna merah. Isinya pejal, sederhana manis dan tidak berair. |
3. Keperluan Tanah dan Iklim
- Tanah lom bersaliran baik dan dalam.
4. Jarak Tanaman: 9m x 9m (123 pokok/ha)
5. Pembajaan:
Tahun
|
Kekerapan
|
Jenis Baja
|
Jumlah / Pokok / Tahun (kg)
|
Kadar Pembajaan (kg)
|
0
|
Semasa tanaman |
Rock Phosphate Dolomite Tahi Ayam |
|
|
1
|
Setiap 3 bulan |
15:15:15 |
|
|
2
|
Setiap 3 bulan |
15:15:15 |
|
|
3
|
Setiap 3 bulan |
12:12:17:2+TE |
|
|
4
|
Sekali setiap 6 bulan |
12:12:17:2+TE |
|
|
5
|
Sekali setiap 6 bulan |
12:12:17:2+TE |
|
|
6
|
Sekali setiap 6 bulan |
12:12:17:2+TE |
|
|
7
|
Sekali setiap 6 bulan |
12:12:17:2+TE |
4.00
|
2.00
|
8 dan ke atas
|
Sekali setiap 6 bulan |
12:12:17:2+TE |
4.00
|
2.00
|
Baja tahi ayam pada kadar 10kg/pokok/tahun diberi selepas penuaian.
6. Tempoh Vegetatif: 3 - 4 tahun
7. Jangka umur ekonomik: 25 tahun
8. Penuaian dan Hasil
Umur (Tahun)
|
Hasil Buah (mt/ha/tahun)
|
bermula selepas 4 tahun ditanam
|
1.2 - 15.0 (dengan 2,000 - 6,000 buah/pokok)
|
9. Kawalan Perosak dan Penyakit:
Perosak / Penyakit
|
|
Simpton
|
|
Kawalan
|
1. Penebuk buah |
|
Perosak ini adalah sama seperti pada Penebuk buah koko. Larva akan mengorek masuk melalui kulit dan memakan isi kulit. Buah yang masak adalah disukai. |
|
- Serangan selalunya tidak serius untuk diambil tindakan kawalan.
|
2. Koya-koya |
|
Menghisap sap buah menyebabkan buah bertukar menjadi coklat.
|
|
Tiada bahan kimia yang disyorkan untuk kawalan.
|
3. Anthracnose |
|
Penyakit yang menyerang pada kedua-dua peringkat sebelum dan selepas penuaian.Fungi, Colletotrichum gloeosporioides menjangkiti daun, bunga dan buah terutama pada musim hujan. Kesan serangan, warna coklat tua kelihatan pada kulit buah. |
|
Tiada racun kulat yang didaftar di bawah Lembaga Racun Perosak Malaysia pada masa ini. |
| Atas |
|