1. False coding moth, Cryptophlebia sp. (Lepidoptera : Tortricidae)
Perumah : limau, jagung
Kitaran hidup :
Telur berbentuk leper dan bujur 1 persatu atau dalam kumpulan pada buah. Larva akan muncul selepas 3-6 hari, berwarna merah jambu keputihan dan membesar hingga 15mm panjang. Selepas 8-12 hari, kupu-kupu kecil berwarna coklat akan muncul dengan sayap selebar 16 mm. Betinanya akan hidup selama 1 minggu dan boleh bertelur sebanyak 100 - 400 biji telur.
|
|
|
Bagi buah muda, larva muda akan mengorek terus ke dalam biji (seluruh biji). Lubang yang telah dikorek oleh larva, akan meninggalkan bintik berwarna kuning pada kulit. Isi buah yang dimakan oleh larva tercemar dengan tahi larva. Buah-buah yang diserang akan gugur sebelum matang. Kesan serangan sekunder boleh terjadi disebabkan serangan fungi. |
|
1. Sanitasi:
Buah-buah yang jatuh hendaklah dikutip 2 kali seminggu. Timbus ke dalam tanah 50 - 100 sm dalam atau boleh dibuat kompos.
2. Pembungkusan:
Bungkus buah menggunakan beg kertas atau jaring halus untuk mengelak perosak.
|
2. Pengorek buah, Conopomorpha sp. (Lepidoptera : Gracillaridae)
Perumah : Rambutan, laici
Kitaran hidup :
Telur bersisik kuning pada buah, daun dan pucuk. Telur menetas dalam masa 3 - 5 hari dan larva terus menembusi buah, daun atau pucuk. Larva yang matang (6 - 10mm panjang) dan berwarna keperangan atau hijau apabila telah memakan daun. Selepas 8-12 hari, pupa terdapat di bawah permukaan daun tua. Kupu-kupu akan keluar setelah 5-7 hari. Pada musim tidak berbuah, ia boleh bertahan dengan memakan daun dan pucuk muda.
|
|
|
Larva memakan buah dan buah-buah yang rosak mungkin akan jatuh dari pokok. Kerosakan pada daun dan pucuk tidaklah serius seperti pada buah. |
|
1. Sanitasi:
Buah-buah yang jatuh hendaklah dikutip 2 kali seminggu. Timbus ke dalam tanah 50 - 100 sm dalam atau boleh dibuat kompos.
2. Pembungkusan:
Bungkus buah menggunakan beg kertas atau jaring halus untuk mengelak perosak.
3. Pemangkasan:
Pangkas dahan untuk membuang sisa buah yang mungkin menjadi tempat berlindungnya pupa perosak.
4. Semburan:
Tiada racun serangga yang disyorkan untuk perosak ini di Malaysia.
Di Taiwan, China dan Thailand, bahan kimia berikut digunakan:
Permethrin Cypermethrin Deltamethrin Fenthion
Semburan dilakukan pada permulaan pengeluaran buah untuk mencegah kerosakan pada peringkat buah matang.
|