PENANAMAN JAMBU BATU
1. Nama Tempatan: Jambu Batu
2. Varieti yang disyorkan:
Klon |
Ciri-ciri |
Gu Kong |
Bersaiz besar (300 - 600 gm), berbentuk bulat membujur. Manis, sedikit berasid dan rangup. |
Guava seedless (generasi ke-3) |
Bersaiz sederhana dan berbentuk memanjang. Rangup dan rasanya masam-masam manis. |
3. Keperluan tanah dan iklim:
- Tanah loam yang subur dan bersaliran baik. Walau bagaimanapun, jambu batu boleh tumbuh di kebanyakan jenis tanah (tanah datar hinggalah tanah yang bercerun landai).
4. Jarak tanaman: 3m x 3m (1100 pokok/ha)
5. Pembajaan:
Tahun
|
Kekerapan
|
Jenis Baja
|
Jumlah / Pokok / Tahun (kg)
|
Kadar/ Pembajaan (kg)
|
0
|
Semasa menanam |
Rock Phosphate Dolomite Baja organik |
|
|
1
|
Setiap 2 bulan
|
15:15:15
|
|
|
2
|
Setiap 2 bulan
|
12:12:17:2 + TE
|
|
|
3
|
Setiap 3 bulan |
12:12:17:2 + TE |
0
|
0.50
|
4 dan ke atas
|
Setiap 3 bulan |
12:12:17:2 + TE |
0
|
1.00
|
|
Sebagai tambahan , pembajaan menggunakan baja organik pada kadar 10 to 20 kg/pokok/tahun adalah disyorkan.
|
|
|
|
Pemangkasan : Pokok yang dihasilkan dengan cara cantuman tunas, dicantas pada ketinggian 0.5 m dari tempat cantuman dilakukan untuk menggalakkan 3 - 4 dahan tumbuh. Dahan-dahan utama ini dicantas lagi meninggalkan 2 buku bagi membenarkan ranting-ranting tumbuh. Pastikan pokok tumbuh rendah (1.6 m) bagi memudahkan kerja pembungkusan buah.
|
6. Tempoh vegetatif: 1 tahun .
7. Jangka umur ekonomik: 15 - 20 tahun dengan hasil maksima pada umur 5 - 8 tahun.
8. Penuaian dan hasil:
Umur (tahun)
|
Hasil (mt/ha/tahun)
|
3 - 4
|
8 - 18
|
5 - 6
|
24 30
|
7 dan ke atas
|
30 - 45
|
9. Perosak dan Penyakit Jambu Batu:
Perosak/Penyakit
|
|
Simtom
|
|
Kawalan
|
Perosak :
1. Lalat buah (Bactrocera dorsalis)
|
|
Berenga mengorek isi buah dan menyebabkan kerosakan. |
|
1. Bungkus buah muda.
2. Kumpul dan musnah buah-buah yang rosak.
3. Perangkap menggunakan methyl eugenol untuk mengurangkan populasi perosak jantan.
4. Tiada racun perosak yang berdaftar.
|
2. White fly
|
|
Lalat dewasa dan nimfa akan menghisap sap daripada daun.
|
|
1. Buang pucuk dan daun-daun yang diserang.
2. Semburan menggunakan bahan pencuci boleh menghindar lalat ini.
3. Tiada racun perosak yang berdaftar.
|
| Atas |
|