Belimbing

 

Belimbing


PENANAMAN BELIMBING

1. Nama Tempatan: Belimbing Besi, Belimbing Segi, Belimbing Manis

Picture

2. Varieti yang disyorkan:

Klon Ciri-ciri
B2 Bersaiz besar, kuning kehijauan dengan isi yang halus, manis, berair dan harum. Buah tidak boleh disimpan lama (cepat lembik). Tumbesaran pokok agak lambat.
B10 Bersaiz besar , buah berwarna keemasan, isi halus, berair, manis dengan rasanya yang enak.
B17 Besar, berwarna oren dan bersayap lebar. Isi pejal, tekstur buah agak baik dan sangat manis. Klon ini memerlukan pendebunga seperti B2 untuk menggalak pengeluaran buah.

3. Keperluan tanah dan iklim:

  • Tanah datar sehinggalah yang bercerun landar dan bersaliran baik.
  • Lebih sesuai di tanah yang bertekstur ringan hinggalah sederhana ringan.

4. Jarak tanaman: 6m x 6m (278 pokok/ha)

5. Pembajaan:

Tahun
Kekerapan
Jenis Baja
Jumlah / Pokok / Tahun
(kg)
Kadar/ Pembajaan
(kg)
0
Semasa menanam Rock Phosphate
Dolomite
Baja organik
0.20
0.10
5.00 - 10.00
0.20
0.10
5.00 - 10.00
1

Setiap 2 bulan

15:15:15

0.50

0.08

 

2

Setiap 3 bulan

12:12:17:2 + TE

1.00
0.25
3
Setiap 4 bulan 12:12:17:2 + TE
2.00
0.67
4
Setiap 4 bulan 12:12:17:2 + TE
3.00
1.00
5 dan ke atas Setiap 4 bulan 12:12:17:2 + TE
4.00
1.33

 
Sebagai tambahan, pembajaan menggunakan baja organik pada kadar 15 ke 45 kg/pokok/tahun adalah disyorkan.
   
 

Pemangkasan : Pangkas batang utama (sistem tengah terbuka) dengan membenarkan 3 ke 4 dahan utama membesar. Terdapat cara lain yang dipraktikkan seperti pada klon B17 yang mempunyai dahan yang panjang dan lembut, dengan melatih 3 ke 4 dahan untuk tumbuh menegak pada rangka dawai. Untuk membolehkan dahan-dahan muda tumbuh kembali, pokok tua boleh dicantas pada ketinggian 1m dari atas tanah dengan membiarkan pertumbuhan beberapa dahan baru.

6. Tempoh vegetatif: 2 tahun .

7. Jangka umur ekonomik: 20 - 25 tahun.

8. Penuaian dan hasil:

Umur (tahun)
Hasil (mt/ha/tahun)
4 - 7
40 - 55
8 dan ke atas
60 - 70

9. Perosak dan Penyakit Belimbing:

Perosak/Penyakit
Simtom
Kawalan

Perosak :

1. Lalat Buah
(Bactrocera carambolae)

  Perosak utama belimbing. Buah hijau yang disengat berbintik hitam dan buah masak berbintik coklat atau lebam. Buah menjadi busuk dan gugur.  

1. Bungkus buah muda.

2. Kumpul dan musnahkan buah yang rosak.

3. Perangkap menggunakan methyl eugenol untuk mengurangkan populasi perosak jantan.

4. Guna racun serangga seperti cypermethrin atau fenthion.

Penyakit:

1. Bintik daun

- disebabkan fungi, Cercospora averrhoae

-tidak serius , terjadi di kawasan yang mempunyai kelembapan yang tinggi.

 

Bintik-bintik pada daun berwarna putih kelabu di tengah dan tepi gelap.

 

Semburan dengan racun kulat mengandungi kupram atau mancozeb.

2. Penyakit Cendawan Angin

-disebabkan fungi, Erythricium salmonicolor.

- serius di kawasan tanaman berkepadatan tinggi atau kawasan lindungan semasa musim hujan.

 

 

-

 

 

-

| Atas |

 
Sumber: Scheme Mechanics, 9MP (2006-2010) Fruit Industry Development Programme, June 2006