Terung

 

Terung


PENANAMAN TERUNG

        Picture

PENYEDIAAN TANAH

1. Di Ladang

  • Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm.
  • Sediakan batas berukuran 1.2 lebar dan 22 - 30 cm tinggi. Panjang batas mengikut keadaan kawasan.
  • Jarak antara batas - 45 cm.
  • Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 50 kg bagi 50 meter persegi kawasan.

2. Dalam Pasu dan Bekas-bekas lain

  • Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir.
  • Isikan pasu dengan tanah campuran sehingga 5 cm dari permukaan pasu.

MENYEDIA ANAK BENIH

  • Sediakan kotak semaian berukuran 45 cm panjang, 22 cm lebar dan 10 cm tinggi.
  • Isikan kotak semaian dengan tanah campurah 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput dan 1 bahagian pasir.
  • Semai 3 biji benih ke dalam kotak semaian secara barisan dan tutup benih ke dalam kotak semaian secara barisan dan tutup benih dengan lapirsan nipis tanah.
  • Jarak antara barisan biji benih ialah 5 cm dan 2 cm antara biji benih.
  • Siram dengan penyiram yang mempunyai semburan halus dua kali sehari.
  • Kotak semaian mesti dilindungi daripada cahaya matahari dan air hujan yang berlebihan.
  • Ubah anak benih ke ladang 3-4 minggu selepas disemai.
  • Sebelum diubah ke ladang, dedah anak benih kepada cahaya matahari yang penuh selama 3 hingga 4 hari untuk mengeraskannya.

MENANAM

1. Di Ladang

  • Anak benih berumur 3 - 4 minggu boleh diubah terus ke batas.
  • Basahkan kotak semaian sebelum mencabut supaya anak benih senang digali.
  • Gali anak benih dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas.
  • Jarak tanaman ialah 90 cm x 60 cm

2. Dalam Pasu atau bekas lain

  • Tanam terus 3 - 4 biji benih ke dalam pasu sedalam 2 - 5 cm.
  • Tinggalkan sepokok sepasu 2 minggu selepas menanam.

PENJAGAAN

Menyiram

Siram tanaman pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali hujan.

Membaja

1. Di Ladang

  • Tabur baja NPK Blue Special (12:12:17:2) di keliling pokok dengan kadar 1 sudu besar atau 10 g sepokok setiap dua minggu.

2. Dalam Pasu dan bekas lain

  • Tabur 1 sudu teh atau 5 g baja NPK Blue Special (12:12:17:2) sepasu di keliling pokok setiap minggu.

Sungkupan

1. Di Ladang

Gunakan rumput-rumput kering atau pelepah kelapa sebagai sungkupan.

2. Dalam Pasu dan bekas lain

Gunakan rumput-rumput kering.

Merumput

Bersihkan batas-batas daripada rumpai dengan tangan, cangkul atau tajak. Cabut rumpai yang tumbuh dalam pasu.

Menyedia Sokongan

1. Di Ladang

  • Satu kayu sokongan sepanjang lebih kurang 1½ meter dipacak berdekatan tiap-tiap pokok. Dahan-dahan pokok diikat dengan tali rafia supaya buah terung tidak terkena permukaan tanah.

2. Dalam Pasu dan bekas lain

  • Cara sokongan yang diamalkan adalah sama dengan sokongan di ladang tetapi kayu yang digunakan berukuran 1.2 m panjang.

KAWALAN SERANGGAN DAN PENYAKIT

  • Sembur racun seranggan carbaryl (Sevin) pada kadar 1 sudu besar (10 g) dengan segelen air untuk mengawal ulat lipat daun, kumbang daun dan pengorek buah.
  • Gunakan racun kulat maneb (seperti Megamaneb pada kadar 1 sudu besar atau 10 g segelen air) untuk mengawal penyakit reput buah dan racun kulat benomyl seperti Benlate pada kadar 1 sudu teh atau 3 g segelen air untuk mengawal bintik daun.

MEMUNGUT HASIL

1. Di Ladang

  • Terung boleh dipetik 6 minggu selepas diubah ke ladang.
  • Punggutan hasil dibuat setiap 4 hari.
  • Anggaran hasil dari kawasan 50 m persegi ialah 75 - 125 kg dengan harga purata 60 sen sekilo, pendapatan kasar adalah RM45 hingga RM75.

2. Dalam Pasu atau Bekas-bekas lain

  • Mulalah memetik buah 10 minggu selepas ditanam. Anggaran hasil ialah 1 kg sepokok.

 

| Atas |

 
Sumber: Panduan Menanam Terung, Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia