Cili

 

Cili


PENANAMAN CILI

 Picture

PENANAMAN

Penyediaan Tanah

1. Di Ladang

  • Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm.
  • Sediakan batas berukuran 1.2 lebar dan 22 - 30 cm tinggi. Panjang batas mengikut keadaan kawasan.
  • Jarak antara batas - 45 cm.
  • Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 25 kg bagi 50 meter persegi kawasan.

2. Dalam Pasu dan Bekas-bekas lain

  • Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir.
  • Isikan pasu dengan tanah campuran sehingga 5 cm dari permukaan pasu.

Menyedia Anak Benih

1. Di ladang

  • Sediakan kotak semaian 45 cm x 22 cm x 10 cm.
  • Isikan kotak semaian dengan tanah campuran 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput dan 1 bahagian pasir.
  • Semai 5 g biji benih ke dalam kotak semaian secara barisan dan tutup benih dengan lapisan nipis tanah.
  • Jarak tanaman - 5 cm x 2 cm
  • Siram dengan penyiram semburan halus dua kali sehari
  • Kotak semaian mesti dilindungi daripada matahari dan hujan yang berlebihan.
  • Ubah anak benih ke ladang 3 - 4 minggu selepas disemai.
  • Sebelum diubah ke ladang, dedahkan anak benih kepada cahaya matahari selama 3 hingga 4 hari untuk mengeraskannya.

Menanam

1. Di Ladang

  • Anak benih berumur 6 minggu boleh diubah ke batas.
  • Sebelum mencabut, basahkan kotak semaian supaya anak benih senang digali. Kemudian gali anak benih dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas.
  • Jarak tanaman - 90 cm antara pokok x 150 cm antara baris

2. Dalam Pasu atau bekas lain

  • Semai terus 3 - 4 biji benij ke dalam pasu sedalam 2 hingga 5 cm. Tinggalkan hanya sepokok setiap pasu 2 minggu selepas menanam.

 

PENJAGAAN

Sungkupan

1. Diladang

  • Gunakan rumput-rumput kering atau pelepah kelapa sebagai sungkupan.

2. Dalam Pasu dan Bekas-bekas lain

  • Gunakan rumput-rumput kering.

Merumput

  • Bersihkan batas dariapda rumpai dengan menggunakan tanah, cangkul atau tajak. Bagi tanaman dalam pasu cabut rumpau untuk mengawalnya.

 

KAWALAN SERANGGAN DAN PENYAKIT

Penyakit   Kawalan
Bintik daun   Sembur racun kulat Benomyl
Antraknos buah   Sembur racun kulat seperti mancozeb
Kutu daun   Sembur racun serangga seoertu chlorphyrifos atau Imidachloprid
Hamama merah   Sembur racun seperti dicofol atau malathion
Kerekot daun dan mozek daun   (a) Penyakit ini disebar oleh kutu daun. Oleh itu kawal kutu daun adalah penting.
(b) Buang dan bakar pokok yang berpenyakit.
Layu bakteria   Tiada kawalan kimia yang berkesan. Buang dan bakar pokok yang berpenyakit. Tentukan saliran yang elok.

 

MEMUNGUT HASIL

1. Di Ladang

  • Cili boleh dipetik 8 minggu selepas diubah ke ladang.
  • Punggutan hasil dibuat setiap 3 atau 4 hari.
  • Anggaran hasil dari kawasan 50 m persegi ialah 100 - 200 kg.
(a) Cili Hijau
Harga - RM5 - RM8
Pendapatan kasar - RM400 - RM1200
 

 

(b)

Cili Merah
Harga - RM5 - RM8
Pendapatan kasar - RM500 - RM1600

2. Dalam Pasu atau Bekas-bekas lain

  • Mulalah memetik buah 12 minggu selepas ditanam. Anggaran hasil ialah 0.8 hingga 15 kg sepokok.

 

| Atas |

 
Sumber: Panduan Menanam Cili, Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia