Padi Sawah (Komersial)

 

Padi Sawah (Komersial)


PADI SAWAH (Estet Komersial)

1. Variety disyorkan

Varieti
Hasil t/ha
MR 219
10.5
MR 84
8.5
Saratani
7.0

2. Penyediaan Tanah

Faktor utama yang mempengaruhi hasil padi ialah penyediaan tanah. Ia menyediakan fizikal, kimia dan biologi tanah yang baik yang membolehkan pertumbuhan secara optima. Dua kali penggemburan adalah diperlukan. Perataan tanah dibuat selepas itu. Penyebaran pra-cambah benih dibuat dengan tabur secara manual atau dengan menggunakan 'motor blower'.

3. Tabur Terus

Benih disemai terus di sawah rata atau tanah tinggi.

4. Kadar Benih

Kadar benih 60-100 kg / ha:
Campur cecair oksigen pada kadar 1:100 ke dalam air. Rendam benih dalam cecair oksigen selama 24 jam untuk mempertingkatkan kadar percambahan . 300 ml per hektar. (Kos RM 5.00/ha)

5. Pembajaan

Kadar disyorkan ialah NPK [80-90]:[40]:[30] kg/ha berdasarkan subsidi.

Straight fertilizer:

Urea (46%N):CIRP (36% P2O5) : MOP(60% K2O) pada kadar [4 bags (50 kg.)]:[2 bags (50 kg.)] : [1 bag (50 kg.)]

Split fertilizer:
Pertama ( 1/3 ) : 20 - 25 hari selepas percambahan
Kedua ( 1/3 ) : 45 - 55 hari selepas percambahan
Ketiga ( 1/3 ) : 65 - 75 hari selepas percambahan

6. Pengurusan Air

Pengairan dilakukan dengan menggunakan pam. Sawah mesti dibuat ban untuk menakung air. Paras air dikekalkan sehingga 5-10 cm sepanjang musim pertumbuhan. Air disalirkan 14 hari sebelum menuai.

7. Pengurusan Rumpai

Sembur dengan Pretilachlor/propanil 3 hari selepas menyemai. Kadar 180 ml produk/18 lit air. Kadar ialah 2.5 lit/ha. Hari ke10-15 disembur dengan Quinchlorac pada kadar 13g/18 lit air. Kadar digunakan ialah ( 0.25 kg ai /ha) or 330 g/ha of produk.

8. Menuai

Padi sedia dituai selepas 85% daripada butiran padi berwarna kuning keemasan. Penuaian seharusnya dilakukan dengan 'combined harvester'.

| Atas |

Sumber: Pusat Penyelidikan Pertanian Semongok.