
NEW WORLD SUITES BINTULU
PROGRAM “CROP PROTECTION AWARENESS – PROTECTING PLANT, PRESERVING FUTURE” anjuran Bahagian Biosekuriti Tumbuhan dan Kuarantin, Jabatan Pertanian Sarawak telah membuka tirai dengan program sulungnya berlangsung di New World Suites Bintulu pada 22 September 2025.
Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Puan Anggang Jimbun, wakil Pegawai Pertanian Bahagian Bintulu. Seramai 250 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai-pegawai dari Jabatan Pertanian Bahagian Bintulu, komuniti tani serta 100 orang mahasiswa dan mahasiswi dari Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan, Universiti Pertanian Malaysia (Bintulu) Sarawak yang diiringi oleh Dr. Franklin Ragai Kundat dan Dr. Anysia Hedy Binti Kudat.
1. LATAR BELAKANG
Sektor pertanian memainkan peranan penting dalam menjamin keselamatan makanan dan kesejahteraan ekonomi negara. Namun begitu, hasil tanaman kini berdepan dengan pelbagai ancaman seperti serangan perosak, penyakit, penggunaan input pertanian yang tidak terkawal serta ketidakpatuhan terhadap peraturan import dan eksport. Isu-isu ini bukan sahaja menjejaskan kualiti dan keselamatan makanan, malah menimbulkan risiko kepada kesihatan manusia dan kelestarian alam sekitar.
Program kesedaran bertemakan "Protecting Plant, Preserving Future" dirangka sebagai inisiatif kesedaran awam yang menyasarkan dua kumpulan berbeza melalui pendekatan yang disesuaikan mengikut konteks dan keperluan mereka:
1) Pelajar sekolah menengah – melalui modul interaktif bertemakan makanan selamat
2) Komuniti tani – melalui sesi teknikal, ceramah dan demonstrasi praktikal
Pendekatan bertujuan membina kefahaman, kesedaran dan tindakan kolektif dalam melindungi tanaman demi menjamin masa depan makanan negara.
2. TUJUAN
Meningkatkan kesedaran dan penglibatan masyarakat dalam aspek perlindungan tanaman, pematuhan peraturan import/eksport, dan amalan pertanian baik bagi menjamin keselamatan makanan dan kelestarian pertanian negara.
3. OBJEKTIF
(i) Memberi pendedahan kepada pelajar sekolah tentang kaitan antara perlindungan tanaman, keselamatan makanan, dan kelestarian alam sekitar.
(ii) Meningkatkan kefahaman komuniti tani terhadap pengurusan perosak dan penyakit tanaman secara berkesan dan selamat.
(iii) Mempromosikan pematuhan kepada peraturan import dan eksport tanaman bagi mencegah kemasukan perosak berbahaya.
(iv) Menggalakkan amalan pertanian baik (GAP), terutamanya dalam penggunaan racun perosak dan baja yang bertanggungjawab.
(v) Memupuk komuniti sebagai rakan strategik dalam perlindungan tanaman secara berterusan.
4 sesi ceramah telah diadakan;
i. Kepentingan Biosekuriti Tumbuhan dan Kuarantin yang disampaikan oleh Ts. Puan Hajah Asmah Salowi, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Biosekuriti Tumbuhan dan Kuarantin.
ii. Pengenalan dan Kawalan Perosak Tumbuhan Bersepadu oleh Encik Mark Ambun dari Unit Entomologi, Seksyen Kesihatan Tanaman, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Tanaman
iii. Pengenalan dan Kawalan Penyakit Tumbuhan Bersepadu oleh Puan Chyale Rabe dari Unit Patologi Tumbuhan, Seksyen Kesihatan Tanaman, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Tanaman
iv. Penggunaan Racun Makhluk Perosak Secara Berhemah oleh Encik Danny Raymond Awang, Seksyen Biosekuriti Tumbuhan, Bahagian Biosekuriti Tumbuhan dan Kuarantin.
Pihak urusetia mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak dan individu yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Next event – SMK Kidurong Bintulu
“PROTECTING PLANT, PRESERVING FUTURE”
#doasarawak
#CropProtection
#biosecurity
#myGAP
#PlantQuarantine
#towardssustainableagrifood
#Komunitiagrolestari
#keterjaminanmakanan