Kursus Diseminasi Asas Penggunaan Racun Makhluk Perosak Secara Selamat & Berkesan di Pusat Latihan Pertanian Miri

Posted on 08 May 2025
Source of News: Facebook



Pada 06 Mei2025, Pusat Latihan Pertanian (PLP) Miri telah berjaya menganjurkan Kursus Diseminasi Asas Penggunaan Racun Makhluk Perosak Secara Selamat & Berkesan di Pusat Latihan Pertanian Miri dan dihadiri seramai 35 orang peserta.
Kursus ini bertujuan;
• Memberi kefahaman yang jelas tentang pengurusan racun makhluk perosak ke arah pengeluaran hasil pertanian yang selamat dimakan dan memelihara alam sekitar.
• Meningkatkan kemahiran peserta dan mengurangkan risiko terhadap pendedahan semasa mengendalikan racun makhluk perosak.
Penceramah kali ini ialah AAO Cassidy Meking dan dibantu oleh PA Augustine Pita, dijemput khas dari Bahagian Bio-Sekuriti Tumbuhan & Kuarantin, Kuching. Turut hadir ialah AO Johnny Luhat yang berkongsi berkenaan Program Pembangunan Pertanian di Bahagian Miri.
Tahniah kepada semua peserta yang telah terlibat. Jumpa lagi di kursus yang akan datang.
Credit to AO Juni Luhat