BINTULU: Klinik Veterinar Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) akan memulakan operasi seperti biasa bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang setiap hari kecuali Sabtu, Ahad dan cuti umum.
UPMKB berkata, perkhidmatan haiwan yang disediakan termasuk konsultasi dan rawatan asas, vaksinasi kucing dan anjing, rawatan pencegahan (kutu dan cacing) dan pembedahan elektif.
Pada masa sama, pihak klinik turut menyediakan perkhidmatan pemandulan kucing dan anjing termsuk pembersihan gigi kucing dan anjing.
Bagi sesiapa yang memerlukan khidmat pelanggan berkaitan operasi semasa klinik boleh menghubungi talian 03-97692270 pada waktu operasi sahaja.
Untuk pertanyaan atau keterangan lanjut, orang awam juga boleh e-mel ke veterinarupmkb@gmail.com, layari Facebook Klinik Veterinar UPMKB atau WhatsApp ke http://wa.me/+60104297890.
oleh Ambrose Rirang