News

 

Enhanced Enforcement Program “EEP”

Posted on 24 Jan 2025
Source of News: Facebook Jabatan Pertanian Sarawak


ICQS Sungai Tujoh, Miri | 24 Januari 2025
Sesi “Enhanced Enforcement Program” (EEP) di Kompleks ICQS Sungai Tujoh, Miri telah diadakan pada 24 Januari 2025. Turut serta untuk sesi kali ini ialah Puan Catherine Sendon, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, Encik Mike Tyson Tennent, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kewangan & Aset, Cik Nur Najwa Hamsein, Penolong Pengarah Unit Integriti, Encik Syahalizul Sulaiman, Penolong Pengarah Unit Inspektorat serta beberapa orang pegawai dari Ibu Pejabat.



EEP merupakan program utama Bahagian Biosekuriti Tumbuhan dan Kuarantin (BBTK) pada saban tahun melibatkan pegawai pemeriksa BBTK di pintu masuk. Objektif program ini adalah bagi mengenalpasti permasalahan dan isu berbangkit di setiap pintu masuk dan mengenalpasti langkah-langkah penambahbaikan bagi melicinkan aktiviti pemeriksaan dan penguatkuasaan.

Sesi EEP di ICQS Sungai Tujoh kali ini dipengerusikan oleh Ketua Penolong Pengarah BBTK, Ts Puan Hajah Asmah Salowi, manakala taklimat operasi ICQS dan proses aliran kerja telah disampaikan oleh Encik Shamshull Safery, Pegawai Pertanian BBTK dan Encik Clestine Ujang, Pegawai Pemeriksa BBTK ICQS Sungai Tujuh.

Antara perkara yang dibincangkan merangkumi pengukuhan tenaga kerja, aset dan fasiliti di pintu masuk sempadan dalam melicinkan proses penguatkuasaan, pemeriksaan dan memudahcara perdagangan diantara Wilayah Sarawak dan Negara Brunei.
Bahagian Biosekuriti Tumbuhan dan Kuarantin akan terus komited dalam menjalankan fungsi dan peranannya bagi memastikan sektor pertanian di Sarawak akan terus lestari dan mampan.

Credit to Danny Raymond Awang (PBQ)