Mesyuarat Kerjasama Penyelarasan Biosekuriti Tumbuhan Sabah dan Sarawak
Posted on 23 Jan 2025
Source of News: Facebook Jabatan Pertanian Sarawak

Miri | 23 Januari 2025
Telah berlangsungnya Mesyuarat Kerjasama Penyelarasan Biosekuriti Tumbuhan Sabah dan Sarawak selama dua hari
22 – 23 Januari 2025 bertempat diPullman Hotels and Resort, Waterfront Miri.

Mesyuarat ini diadakan untuk membincangkan dan menyelaras beberapa perkara berkaitan protokol biosekuriti tumbuhan di antara negeri Sarawak dan Sabah khususnya berkaitan pergerakan produk tumbuhan yang melalui pusat pemeriksaan sempadan di Merapok dan Sipitang. Selain itu, mesyuarat ini membincangkan isu-isu berhubung eksport hasil tumbuhan dari negeri Sabah ke negara Brunei yang melalui Lawas atau Limbang dan juga beberapa topik khas berkaitan isu sisa racun perosak dalam tanaman makanan dan pelaporan status perlaksanaan program myGAP.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Ts Puan Hajah Asmah Salowi, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Biosekuriti Tumbuhan dan Kuarantin Jabatan Pertanian Sarawak, manakala delegasi Jabatan Pertanian Sabah seramai 9 orang pegawai yang diketuai oleh Puan Jovita N Joseph, Penolong Pengarah Bahagian Biosekuriti dan Kuarantin Tumbuhan, Jabatan Pertanian Sabah. Turut hadir, Puan Faiznur Binti Yusuf dari Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD).
Hasil dari mesyuarat ini, beberapa persefahaman telah dicapai mengenai protokol biosekuriti tumbuhan antara negeri Sarawak dan Sabah serta peningkatan koordinasi dalam isu-isu bersama yang memberi kesan kepada kesihatan tumbuhan dan perdagangan.
Credit to Danny Raymond Awang (PBQ)