Majalah Agro Kenyalang memenangi kategori Gangsa Anugerah Citra Buletin Jabatan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

Disiarkan pada 15 Feb 2024
Sumber Berita: Facebook Jabatan Pertanian Sarawak
KUCHING : Tahniah dan syabas buat semua ahli Sidang Editor Majalah Agro Kenyalang serta sokongan padu daripada pihak pengurusan tertinggi jabatan terutama sekali Yang Berusaha Encik Dominic anak Chunggat; Pengarah Pertanian Sarawak Sarawak, Puan Radziah Binti Jack; Timbalan Pengarah Pertanian Sarawak serta semua Ketua Penolong Pengarah Bahagian, pegawai pertanian bahagian serta pegawai-pegawai lapangan kerana telah menyumbang bagi kejayaan menerbitkan majalah buat Jabatan Pertanian Sarawak sebagai salah satu lagi wadah penyampaian dan perkongsian informasi berkaitan aktiviti jabatan kepada warga tani khasnya di negeri ini.

Majalah terbitan Jabatan Pertanian Sarawak iaitu Agro Kenyalang telah berjaya memenangi Kategori Gangsa yang membawa pulang wang tunai bernilai RM1000.00 bagi ANUGERAH CITRA BULETIN JABATAN bersempena Festival Bahasa Jiwa Bangsa anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). 

Hadir di majlis ini mewakili Jabatan Pertanian Sarawak bagi menerima penganugerahan ialah Puan Siren Anak Linggang (Editor), Cik Nur Najwa Binti Hamsein (Editor), Ts. Pn. Siti Adibah Binti Zulkepli (Editor) dan Ts. Pearlycia Brooke Abdullah (Editor).Sidang Redaksi Agro Kenyalang Dominic Anak Chunggat ( Penaung), Radziah binti Jack ( Pengerusi), Rabiatul Adawiyah, (Ketua Editor), Intan Nazeerah Binti Abdul Naser ( Penolong Ketua Editor), Muhammad Aiman Wee @ Kong Tek Wee ( Penolong Ketua Editor/Pereka Grafik), Ts. Frankie ak Lanying ( Editor), Siren Anak Linggang (Editor), Adrian Liaw Wen Jye,  Ts. Lai Lee San (Editor), Nur Najwa Binti Hamsein (Editor), Ts. Pn. Siti Adibah Binti Zulkepli (Editor), Ts. Pearlycia Brooke, Clare Hennenessa anak Hendrik ( Editor), Shamiza Binti Saperi (Editor) dan Zamri Abdullah (Photographer)


Hadiah disampaikan oleh Pengarah DBP Cawangan Sarawak, Yang Berusaha Encik Abang Haliman Haji Abang Julai, dalam Majlis Perasmian Festival Bahasa Jiwa Bangsa, bertempat di Balai Budaya, DBP Cawangan Sarawak