Sesi Pemurnian Perolehan dan Manual Pelaksanaan Jabatan Pertanian Sarawak
Posted on 19 Apr 2023
Source of News: Facebook
Sri Aman | 4 - 5 April 2023
Sekitar Sesi Pemurnian Perolehan dan Manual Pelaksanaan Jabatan Pertanian Sarawak, yang diadakan di Hotel Seri Simanggang, Bahagian Sri Aman.
Sesi yang diadakan selama dua hari tersebut adalah bertujuan untuk menambahbaik proses perolehan dan pelaksanaan program pembangunan pertanian oleh Jabatan Pertanian Sarawak dalam usaha untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada golongan sasar, khususnya komuniti tani di seluruh Sarawak.
Sesi tersebut telah dihadiri oleh pegawai - pegawai dan kakitangan dari Bahagian, daerah dan Ibu Pejabat, Jabatan Pertanian Sarawak dari seluruh Sarawak dan tiga orang pegawai dari Unit Audit Dalam, Jabatan Premier Sarawak.