News

 

Agriculture Community Outreach Programme (AgriCOP) | Kampung Bunan Gega / Punok

Posted on 28 Oct 2024
Source of News: Facebook Jabatan Pertanian Sarawak


SERIAN | 25 - 26 Oktober 2024

Jabatan Pertanian Bahagian Serian telah menganjurkan Agriculture Community Outreach Program atau AgriCOP bagi Zon Mongkos. Program ini telah diadakan di Kampung Bunan Gega / Punok Serian yang melibatkan seramai 150 orang peserta dari 17 buah kampung di kawasan Mongkos. AgriCOP pada kali ini terbahagi kepada dua sektor iaitu Sektor Pembangunan Tanaman dan Ternakan yang melibatkan seramai 110 orang peserta lelaki dan Sektor Pembangunan Ekonomi Rumahtangga yang melibatkan seramai 40 orang peserta wanita. Objektif utama AgriCOP Zon Mongkos ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti petani di luar bandar berkenaan perkembangan semasa di dalam sektor pertanian di Sarawak, mendedahkan komuniti luar bandar mengenai perkhimatan yang ditawarkan oleh Jabatan Pertanian Sarawak dan menghubungkan para pekebun kecil dengan para pemegang taruh di dalam bidang pertanian yang ada di Bahagian Serian.
Pengisian aktiviti sepanjang AgriCOP tersebut adalah :

Sektor Pembangunan Tanaman dan Ternakan :
Perkongsian 1 : Hala Tuju dan Agronomi Tanaman Kopi di Sarawak oleh RO Puan Diana Jitam
Perkongsian 2 : Agronomi Penternakan Udang Kara oleh SFA Puan Jakim Apan
Perkongsian 3 : Perkongsian Ilmu dari Advansia Sdn Bhd oleh Encik Reddison Lai
Perkongsian 4 : Perkongsian Ilmu dari Agricultural Chemical (M) Sdn. Bhd. oleh Encik Spittcy ak Clive Renyang
Perkongsian 5 : Agronomi Tanaman - Penyediaan Tanah dan Pembiakbakaan Tanaman oleh Encik Fadir Nigair
Perkongsian 6 : Biosekuriti Ternakan - Pengurusan Aktiviti Ternakan di Kawasan Penempatan oleh Dr. Sim Song Lin
Perkongsian 7 : Hala Tuju Pembangunan Industri Getah di Sarawak oleh Encik Hardy Semui
Sektor Pembangunan Ekonomi Rumah Tangga :
Perkongsian 1 : Kesejahteraan Keluarga - Peranan Wanita ke Arah Generasi Berketrampilan
Amali 1 : Pemprosesan Pelbagai Jenis Kek
Amali 2 : Pemprosesan Produk Hiliran - Pisang, Kelapa, Halia

Sepanjang dua hari program ini diadakan sebanyak tujuh kaunter pempamer telah dibuka iaitu Kaunter Pendaftaran eTani dan Khidmat Nasihat Jabatan Pertanian Bahagian Serian, Thian Yen Aquaculture Sdn. Bhd., Syarikat Advansia Sdn. Bhd., Syarikat Agriculture Chemicals (M) Sdn. Bhd., Pertubuhan Peladang Kawasan Serian, JLH Fruit Plantation dan Sarawak Service.
Majlis Penangguhan AgriCOP Zon Mongkos ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Martin Ben, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (Komoditi dan Pembangunan Wilayah) merangkap ADUN N22 Kedup. Di dalam ucapan penangguhan YB Datuk menekankan kepentingan memelihara biosekuriti ternakan dan tanaman bagi menjamin pengeluaran makanan yang selamat dan sihat. Beliau juga menekankan kepentingan pemodenan di dalam bidang pertanian supaya mampu mencapai hasil tani yang maksimum dengan memanfaatkan sumber asli sedia ada di kawasan Mongkos. Para peserta juga diberi galakan untuk menceburi industri tanaman kopi dan ternakan udang kara kerana kedua-dua industri ini mampu memberi pulangan yang baik dan menambah pendapatan para pekebun kecil yang kebanyakkannya terlibat di dalam perusahaan tanaman kelapa sawit dan lada.
Turut hadir ke Majlis Penangguhan AgriCOP Zon Mongkos adalah Encik Darwin Merom, wakil Setiausaha Tetap Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Puan Heidylia Joshua, Pegawai Pertanian Bahagian Serian, Cik Norshafriena, wakil Pegawai Daerah Tebedu, Penghulu Shelling @ Shilling ak Lingga, Temenggong Henry Bujang Sadok dan Pemanca Kane @ Ken ak Manong.
Semoga segala perkongsian yang diberikan pada AgriCOP Zon Mongkos ini mampu memberi inspirasi kepada semua peserta untuk terus maju dan berdaya saing di dalam melaksanakan aktiviti pertanian dan industri asas tani bagi menjamin peningkatan pendapatan untuk kesejahteraan keluargatani di Serian.

DOA Serian Media Team