News

 

Perasmian Pesta Durian Baram 2024

Posted on 26 Aug 2024
Source of News: Facebook Page Datuk Dr. Penguang Manggil


24 Ogos 2024, 9.00am, Marudi Waterfront:
Pesta Durian Baram 2024. Hari ini saya ke Marudi bagi merasmikan Pesta Durian Baram 2024 yang julung kalinya diadakan di Marudi. Program anjuran Persatuan Burung Walit & Pertanian Baram dengan sokongan dari Jabatan Pertanian Sarawak ini merupakan salah satu inisiatif yang sangat baik bagi memupuk minat orang luar untuk datang ke Marudi dan turut hadir bersama adalah En. Dominic Chunggat, Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak, Pn. Rose Edward Tarang, Pegawai Daerah Marudi, En Hafriz bin Razak, Pegawai Pertanian Bahagian Miri serta En. Lio Ung Hieng, Pengerusi Persatuan Burung Walit & Pertanian Baram.

Saya juga sempat menyampaikan cek MRP kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Baram (RM5,000).