News

 

Sarawak Agro Fund sedia geran dan pembiayaan untuk usahawan tani

Posted on 18 Jul 2024
Source of News: TVS


Eksekutif Agro Sarawak Brain Hubert ketika ditemui TVS di Sarawak Agrofest 2024 di Bintulu, hari ini. Foto TVS

BINTULU, 18 Julai: Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak (SLDB) menyediakan geran dan pembiayaan kewangan di bawah Sarawak Agro Fund (SAF).

Eksekutif Sarawak Agro, Brain Hubert berkata kemudahan tersebut disediakan kepada usahawan tani yang bersedia untuk beralih dari mikro kepada usahawan kecil dan sederhana.

“Untuk geran maksimum adalah RM500,000 tetapi bergantung kepada projek atau kriteria asas yakni bisnes tersebut sekurang-kurangnya sudah setahun beroperasi dan mendapat jualan kurang daripada RM300,000,” katanya yang ditemui TVS di Sarawak Agrofest 2024 di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, sesiapa sahaja yang terlibat dalam bidang pertanian dan ternakan boleh memohon pembiayaan ini.

Selain daripada pemberian geran, SLDB turut menyediakan pembiayaan mudah seperti SAF1, SAF2, SAF Corporate Fund (SCF) dan SAF Equity Fund (SEF) dengan kadar bunga dari 2.5 peratus hingga 5.0 peratus.

Sebelum ini SAF yang diperkenalkan pada 2019 dikenali sebagai Sarawak Venture Capital.

Setakat ini SAF di bawah SLDB telah meluluskan permohonan pembiayaan kepada 58 usahawan tani dalam bentuk geran dan pembiayaan kewangan. – TVS