News

 

405 Anak Pokok Durian Diagih Kepada Penduduk Penan Di Kampung Long Leng

Posted on 04 Feb 2024
Source of News: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)


BARAM: Sebanyak 405 pohon anak pokok durian jenis D200 dan D168 telah diagihkan kepada penduduk kaum Penan di Kampung Long Leng, di sini pada Ahad.

Rumah panjang 45 pintu itu menerima sembilan anak pokok durian bagi setiap pintu untuk ditanam di tanah masing-masing.

Projek ini adalah inisiatif Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dato Dennis Ngau sebagai usaha membantu dalam memperhebatkan ekonomi masyarakat Penan melalui penglibatan mereka dalam pertanian.

Menurut beliau, durian dilihat berpotensi untuk menjana pendapatan lumayan pada jangka masa panjang sekiranya ditanam dengan cara betul dan dijaga dengan baik. -EDISI UKAS