Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil

Talikhidmat

online visitor Pelawat Di Talian 43
total visitor Jumlah Pelawat 3,523,888
slide_5d9d6ddd4d04c.jpgslide_598c056797d0c.jpgslide_598bff0848603.jpgslide_598bff2e04b28.jpgslide_5d9d6b80f1951.jpg
6 Ogos 2020 - Kursus Pengembangan Pertanian Bahagian Sri Aman Siri 10/2020

Kursus anjuran Bahagian Pengembangan (Ibu Pejabat) telah disertai oleh 55 Orang Wargakerja di bawah Pejabat Pertanian Bahagian Sri Aman yang terdiri daripada Penolong Pegawai Pertanian, Pegawai Perikanan, Pembantu Perikanan, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat dan Pembantu Pembangunan Masyarakat.

Kursus yang berlangsung dari 5 hingga 6 Ogos 2020 bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kecekapan agen-agen pengembangan pertanian di peringkat Bahagian Sri Aman dalam memastikan perkhidmatan pengembangan kepada rakyat efektif dan berkualiti.
#DOASARAWAK
#PERTANIANDIHATIKU
#PERTANIANADALAHPERNIAGAAN

Baca Lagi
6 Ogos 2020 - Kursus Asas Penternakan Kelulut (Miri)

Kursus Asas Penternakan Kelulut anjuran Pusat Latihan Pejabat Pertanian Bahagian Miri telah diadakan pada 4 - 5 Ogos 2020. Seramai 50 orang peserta yang telah menyertai kursus yang dikendalikan oleh Encik Francis Musa, Penolong Pegawai Pertanian di Pejabat Pertanian Bahagian Miri. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai kursus seperti ini, sila berhubung dengan Pejabat Pertanian Bahagian/Daerah yang berdekatan.



Sumber Foto : Aren Wan Jok, Pejabat Pertanian Bahagian Miri

#DOASARAWAK
#PERTANIANDIHATIKU
#PERTANIANADALAHPERNIAGAAN

 

Baca Lagi

01/DOA/T/AI/2020

Tender untuk membekal dan menghantar bekalan makanan basah ke Institut Pertanian Sarawak, Semongok, Jabatan Pertanian Sarawak bagi tahun 2020/2021.

02/DOA/T/AI/2020

Tender untuk membekal dan menghantar barangan runcit ke Institut Pertanian Sarawak, Semongok, Jabatan Pertanian Sarawak bagi tahun 2020/2021.