Perikanan Darat : Prosedur Memohon Lesen Kolam Ikan (Kolam/Tangki)


PERKHIDMATAN PELESENAN PERIKANAN DARAT

 

PENTERNAKAN KOLAM IKAN

Lesen Untuk Kolam Ikan (Peraturan 28, Ordinan Perikanan Negeri 2003)

Mulai tahun 2006, semua penternak kolam ikan hendaklah mempunyai lesen untuk menternak ikan atau udang dalam kolam. Lesen boleh diperolehi daripada Unit Penguatkuasaan dan Pelesenan, Bahagian Perikanan Darat, Jabatan Pertanian Sarawak.

Yuran lesen adalah seperti berikut:

i) Saiz projek kolam ikan yang kurang daripada 0.2 ha - RM2.00 setahun
ii)Saiz projek kolam ikan yang melebihi 0.2 ha - RM20.00 sehektar setahun

Operasi tanpa lesen yang sah adalah satu kesalahan dan boleh dikompaun atau didenda.

Penalti

Denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Prosedur Memohon Lesen Kolam Ikan

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke pejabat Unit Penguatkuasa dan Pelesenan atau melalui Pejabat Pertanian Bahagian bersama-sama dengan salinan dokumen yang disahkan sebanyak 3 set.

  1. Geran tanah
  2. Peta kadastral (kawasan yang dipohon hendaklah ditanda)
  3. Peta lokaliti kolam ikan
  4. Pelan reka bentuk projek kolam (mengikut skala)
  5. Laporan EIA jika saiz projek melebihi 50 ha.
  6. Surat Perjanjian sewa tanah atau surat kebenaran (jika tanah tersebut bukan milik anda)
  7. Dua keping gambar bersaiz paspot

Carta Alir

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Unit Penguatkuasa dan Pelesenan
Bahagian Perikanan Darat
Jln. Dusun Off Jln. Ong Tiang Swee
93200 Kuching
Sarawak
Tel: 082-419287/ Fax: 082-429461

atau Pegawai Perikanan di Pejabat Pertanian Bahagian dekat anda:

Samarahan Tel: 082-671221
Sri Aman Tel: 083-322120
Betong Tel: 083-472005
Sarikei Tel: 084-654144
Sibu Tel: 084-333711
Bintulu Tel: 086-311484
Miri Tel: 085-432933
Limbang Tel: 085-217917
Mukah Tel: 084-871205
Kapit Tel: 084-796316