KOTANISA (KOPERASI ANGGOTA JABATAN PERTANIAN SARAWAK BERHAD)
Pengenalan
Erti Logo :
- Huruf “K” dan dua helai daun di dalam satu petak
- K merujuk kepada KOTANISA
- 2 helai daun tumbuh di tengah-tengah logo melambangkan
- 2 objektif utama KOTANISA iaitu, (a) Menyediakan khidmat pinjaman kepada anggota & (b) Menaiktaraf sosio-ekonomi anggota
- Warna biru membawa erti perpaduan dikalangan anggota
- Warna kuning melambangkan anggotanya cemerlang
Latar Belakang
Pada akhir 1995 pengurusan Jabatan Pertanian bercadang memohon tanah kerajaan untuk menjalankan projek perumahan untuk dijual kepada kakitangan Jabatan Pertanian Sarawak. Untuk tujuan itu Jabatan Pertanian telah menubuhkan koperasi bagi mengumpul ahli dan dana. Dan akhirnya pada 5 Disember 1995 Koperasi Anggota Jabatan Pertanian Sarawak telah didaftar oleh Pendaftar Koperasi Negeri Sarawak melalui Akta Koperasi 1993 serta alamat berdaftar koperasi adalah Ibu Pejabat Jabatan Pertanian, Sarawak, Tingkat 12-17, Menara Pelita, Petra Jaya, 93050 Kuching.
Selepas didaftarkan kempen pengambilan ahli dijalankan secara aktif oleh semua peringkat dan Bahagian Jabatan Pertanian seluruh Sarawak. Hasilnya daripada usaha tersebut sejumlah RM10,450.00 modal saham berjaya dikumpulkan dengan jumlah ahli 233 orang akhir 1997. Jawatankuasa pertama ketika itu ialahHj. Mohamed Sepuan Anu (Pengerusi), Dr. Humrawali Khan (Setiausaha) dan Pn. Dany Neb (Bendahari) dan enam ahli lembaga lagi. Pada 31/7/2017 jumlah modal saham (RM104,357.20), modal yuran (RM295,619.11) dan jumlah ahli (996 orang).
Objektif Dan Fungsi Koperasi
Selain bertujuan untuk memohon tanah kerajaan objektif lain koperasi adalah untuk meningkat taraf sosio ekonomi ahli melalui penyertaan ahli secara aktif dalam koperasi umpamanya setiap ahli hendaklah menambah pelaburan saham dan yuran dalam koperasi untuk menambah modal supaya koperasi boleh mengembangkan aktiviti/projek. Dengan cara sedemikian koperasi dapat menjana pendapatan lebih dan akhirnya ahli mendapat pulangan dividen yang berpatutan. Satu daripada aktiviti utama koperasi ketika ini ialah pemberian pinjaman peribadai kepada ahli yang layak sehingga RM10,000.00 setiap pinjaman dengan kadar faedah 4% setahun (flat rate). Dengan cara ini koperasi dapat membantu ahli untuk meringankan beban kewangan mereka. Sehingga 31/7/2017 jumlah pinjaman erkumpul yang telah dikeluarkan adalah RM250,061.52 dan purata pinjaman dikeluarkan RM70,000.00 hingga RM80,000.00 setahun.
Selain dua aktiviti utama tersebut di atas koperasi juga terus berusaha memohon tanah kerajaan untuk projek perumahan yang sebelum ini permohonannya telah ditolak oleh kerajaan. Koperasi juga ada membekal barangan/perkhidmatan kepada Jabatan Pertanian terutama di Ibu Pejabat di samping menguruskan insurans, kursus dan latihan bersama Angkasa/MKM dan kebajikan.
Pengurusan Koperasi
Pada awal penubuhan koperasi sehingga tahun 2011 koperasi telah melantik seorang pekerja sambilan di kalangan staf Jabatan Pertanian, Ibu Pejabat namun pada April 2012 seorang pekerja tetap dilantik untuk mengurus koperasi dan sehingga kini koperasi mempunyai hanya seorang pekerja tetap. Untuk mengurus dan mengawalselia perjalanan koperasi satu Lembaga telah ditubuh sejak dari dahulu lagi dan Lembaga sekarang adalah seperti berikut:
JAWATAN |
NAMA |
NO. KAD PENGENALAN |
JAWATAN HAKIKI DI JABATAN PERTANIAN |
Pengerusi |
En. Awang Alim Bin Awang Kasim |
691120-13-5619 |
Penolong Pengarah Perikanan Darat, Gred G48 |
Setiausaha |
Pn. Delap ak. Geok, Agnes |
610727-13-5706 |
Penolong Pegawai Pertanian, Gred G32 |
Bendahari |
En. Ken Anak Edward |
721106-13-5289 |
Penolong Pegawai Perikanan Darat, Gred G32 |
|
En. Mohd. Sazali Bin Sapawi |
620626-13-5343 |
Pegawai Penyelidik Kanan, Gred Q52 |
En. Augustine Tinggie ak. Embik |
610120-13-5347 |
Penolong Pegawai Pertanian, Gred G32 |
|
Pn. Dayang Rohayah bt. Awang Yahod |
630725-13-5516 |
Pen. Peg.Pembangunan Masyarakat, Gred S32 |
|
Pn. Ahtien Ijon |
720522-13-5216 |
Penolong Pegawai Veterinar, Gred G32 |
|
En. Abu Bakar Bin Sapawi |
680313-13-5195 |
Penolong Pegawai Pertanian, Gred G29 |
|
|
Pn. Sadiah Anak Kambin |
640729-13-5248 |
Pembantu Pembangunan Masyarakat, Gred S22 |
BIRO-BIRO
Biro Pelaburan/Ekonomi/Keusahawanan
Ahli Jawatankuasa Biro Pelaburan/Ekonomi/Keusahawanan |
|
Pengerusi |
En. Awang Alim Bin Awang Kasim |
Setiausaha |
Pn. Dayang Rohayah bt. Awang Yahod |
Ahli |
En. Augustine Tinggie ak. Embik |
|
Pn. Delap ak. Geok, Agnes |
Biro Sosial, Kebajikan & Latihan
Ahli Jawatankuasa Biro Sosial, Kebajikan & Latihan |
|
Pengerusi |
Pn. Dayang Rohayah bt. Awang Yahod |
Setiausaha |
Pn. Ahtien Ijon |
Ahli |
Pn. Sadiah Anak Kambin |
|
En. Abu Bakar Bin Sapawi |
Biro Pembangunan Ahli
Ahli Jawatankuasa Biro Pembangunan Ahli |
|
Pengerusi |
En. Mohd. Sazali Bin Sapawi |
Setiausaha |
Pn. Dayang Rohayah bt. Awang Yahod |
Ahli |
En. Augustine Tinggie ak. Embik |
|
En. Abu Bakar Bin Sapawi |
Biro Pinjaman
Ahli Jawatankuasa Biro Pinjaman |
|
Pengerusi |
En. Mohd. Sazali Bin Sapawi |
Setiausaha |
Pn. Delap ak. Geok, Agnes |
Ahli |
Pn. Ahtien Ajon |
|
Pn. Sadiah Anak Kambin |
Syarat Menjadi Anggota Koperasi
Berikut adalah syarat untuk menjadi anggota KOTANISA :
a) Kakitangan Jabatan Pertanian Sarawak yang berjawatan tetap
b) Bayaran :
- Yuran masuk : RM10.00
- Saham : RM100.00
- Insurans Takaful : RM10.00/bulan
- Yuran /Deposit Anggota : RM10.00/bulan
Bil. |
Jenis Bayaran |
Bayaran Melalui Potongan Gaji (ANGKASA) |
Catatan |
1 |
Yuran masuk |
RM10.00 (RM1.00 x 10 bulan) |
wajib |
2 |
Saham |
RM100.00 (RM5.00 x 20 bulan) |
Wajib, minimum RM100.00 |
3 |
Insurans Takaful berkelompok |
RM10.00 (RM10.00/bulan |
Wajib, dibayar sehingga bersara |
4 |
Yuran /Deposit Anggota |
RM2.00/bulan (RM2.00 sebulan sehingga bersara |
Wajib, minimum RM2.00 sebulan & merupakan simpanan anggota dalam koperasi. |
|
Jumlah |
RM18.00/bulan |
|
- Bakal anggota tidak perlu membayar apa-apa semasa menigisi borang permohonan menjadi ahli anggota. Bayaran dibuat melalui potongan gaji ANGKASA .
c) Borang
i) Borang permohonan menjadi anggota ( 1 salinan)
ii) Kebenaran Penzahiran maklumat kredit individu (1 salinan)
iii) Request for payment of an allotment - T.228 ( 2 salinan)
iv) Borang ANGKASA (Biru) - 1 salinan
- Borang (i) & (ii) boleh diphotostat.
- Borang (iii) & (iv) adalah original dan tidak boleh diphotostat.
- Borang T.228 boleh “download” dari website Jabatan Perbendaharaan Negeri
(Tel. 082 – 440111, Perbendaharaan Negeri).
- Borang ANGKASA boleh didapati dari pejabat KOTANISA.
- Guna ballpoint pen HITAM sahaja untuk mengisi borang ANGKASA.
Borang-borang tersebut di atas akan diedar atau dikirim kepada yang berminat menjadi anggota koperasi.
d) Jika sesiapa yang berminat menjadi anggota koperasi, boleh hubungi pegawai kami :
En. Ibrahim Sondet (012 – 8572707) atau emel :ibrahimsondet@ yahoo. com
Perhubungan Koperasi:
Alamat berdaftar koperasi:
Ibu Pejabat, JabatanPertanian Sarawak,
Tingkat 12-17 Menara Pelita, Petra Jaya, 93050 Kuching
No. Telefon 082 – 441000
No. Faks 082 – 440689
Pegawai yang boleh dihubungi - En. Ibrahim Sondet (012 – 8572707) atau
emel :ibrahimsondet@ yahoo. com