1AZAM PROJEK BERJAYA SAMARAHAN
PROJEK BANTUAN PERALATAN PERTANIAN Mohamad bin Japar Kpg. Baru, Kota Samarahan |
|
Dulu bekerja dengan seorang towkay pemborong ikan di pasar ikan Petanak. |
PROJEK BANTUAN PERALATAN PERIKANAN Seruji bin Razali Kpg. Tanjung Bandung, Kota Samarahan |
|
|
|
|
|
|
|
Beliau adalah seorang nelayan dengan lebih 10 tahun menangkap dan menjual udang galah yang hidup. Beliau juga selalu membeli udang galah yang hidup daripada pemancing dan nelayan lain. |
PROJEK INTEGRASI LADA/HALIA Anew anak Gadus Kpg. Goran Mawang, Serian |
|
Di beri bantuan 1AZAM pada tahun 2010 dalam bentuk baja12:12:17:2, racun serangga, racun rumpai, penyembur kuasa, dan lain-lain input pertanian untuk membantu mengekalkan dan meningkatkan pengeluaran lada beliau. Pada masa yang sama, bantuan dalam bentuk sulur halia dan baja 15:15:15 juga diberikan untuk tanaman integrasi lada dan halia. Kebun lada hitam beliau telah ditanam dengan 400 pokok 5 tahun yang lalu dan tidak pernah dijaga kerana beliau tidak mampu untuk membeli baja sebab kos yang tinggi. Selepas bantuan baja lada telah diberikan, kebun lada beliau sekarang kelihatan lebih bersih dan pokok lada nampak sihat. Dan di antara pokok lada ditanam dengan halia. Tanaman halia pertama telah dituai dan beliau dapat keuntungan RM810. Kini beliau dalam penanaman halia kali kedua. Selain daripada tanaman halia, beliau juga tanam sayuran lain seperti cekur manis dan jagung di tepi kebun lada beliau. Pendapatan beliau adalah lebih kurang RM300 sebulan daripada hasil lada hitam sebelum bantuan 1AZAM. Kini beliau boleh mendapat RM750 sebulan daripada hasil lada dengan cara pembajaan dan penyelenggaraan yang betul. |