|
Seksyen A : Penyataan BETUL atau SALAH. (10 markah) Section A : TRUE or FALSE Statement (10 marks)
1. Penyakit sayur yang kerap berlaku adalah penyakit buruk batang dan daun dan layu yang selalu menyerang cili, kobis, bayam, kacang tanah, bendir, kangkong, cangkok manis dan semua jenis kekacang ketika waktu panas. ( )
2. Sayur-sayuran yang diimport adalah bawang merah, bawang putih, kobis, cili dan ubi kentang dimana kebanyakannya diimport dari China, Australia, Thailand dan Indonesia. ( )
3. Penanaman lada di Sarawak kebanyakannya diusahakan oleh pekebun-pekebun kecil dengan purata saiz ladang adalah 5 hektar. ( )
4. Penyakit akar berjangkit dari pokok ke pokok melalui pertemuan akar yang boleh membunuhnya disebabkan oleh kulat merupakan penyakit yang paling merbahaya dalam tanaman getah. ( )
5. Di antara jenis buah-buahan tempatan yang ditanam agak meluas di Sarawak adalah durian, mangga, rambutan, langsat, limau, nangka, cempedak, guava, belimbing, soursop manggis, betik, nanas dan pisang. ( )
6. Program Pembangunan Kelapa Sawit Jabatan Pertanian Sarawak akan merangkumi pembentukan ladang kelapa sawit melalui kedua-dua konsep estet serta penanaman pekebun-pekebun kecil. ( )
7. Kelapa hybrid jenis MAWA matang lebih awal dan mempunyai daya pengeluaran yang tinggi serta mempunyai buah yang besar dan memerlukan tenaga pekerja yang lebih untuk kerja-kerja pungutan buah. ( )
8. Pengeluaran padi negeri ini masih jauh dibelakang untuk memenuhi permintaan. Dengan itu, kerajaan berhasrat untuk meningkatkan pengeluaran padi di negeri ini dengan menggubal satu dasar iaitu untuk mencapai 70% sara diri pada tahun 2010. ( )
9. Di Sarawak, rumbia/mulung kebanyakan ditanam di kawasan Mukah/Oya/Balingian di mana penanaman secara besar-besaran seperti di kawasan Mukah dan Oya telah dimulakan oleh Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC). ( ) 10. Kebanyakan sayuran yang dikeluarkan akan melalui pasaran perantaraan sebelum tiba kepada pengguna. Dengan keadaan demikian, petani memperolehi harga rendah bagi hasilnya sedangkan pengguna perlu membayar harga tinggi untuk produk itu. ( )
11. Kesemua bahan kimia disenaraikan dibawah adalah digunakan untuk mengawal Penyakit Buah Hitam pada lada hitam kecuali :- A. Octave B. Benlate C. Paraquat D. Captafol
12. Senarai di bawah adalah penyakit kulat pada lada hitam kecuali : A. Kumbang Buah B. Reput Akar C. Penyakit Buah Hitam D. Velvet Blight
13. Baja Padi Bukit, Ammophos mengandungi elemen-elemen utama seperti :- A. Nitrogen ( N ) B. Nitrogen and Phosphorous ( NP ) C. Nitrogen, Phosphorous and Potassium ( NPK ) D. Nitrogen, Phosphorous, Potassium and Magnesium ( NPKMg )
14. Pokok getah mula ditoreh apabila mencapai umur :- A. 5 tahun B. Sekurang-kurangnya 5 tahun dan mempunyai ukuran lilitan sekurang-kurangnya 46 cm pada ketinggian 150 cm dari paras tanah. C. Sekurang-kurangnya 5 tahun dan mempunyai ukuran lilitan sekurang-kurangnya 46 cm pada ketinggian 130 cm dari paras tanah. D. Sekurang-kurangnya 5 tahun dan mempunyai ukuran lilitan sekurang-kurangnya 36 cm pada ketinggian 150 cm dari paras tanah.
15. Kepadatan penanaman limau mandarin adalah :- A. 86 pokok/ha B. 123 pokok/ha C. 330 pokok/ha D. 625 pokok/ha
16. Tujuan utama penggunaan rumah jaring kalis serangga bagi penanaman sayuran ialah :- A. Mengurangkan kerosakan tanaman oleh hujan. B. Mengurangkan penggunaan racun serangga. C. Mengurangkan kejadian serangan kulat. D. Mengurangkan keperluan penyiraman air.
17. "Anak Sekolah" adalah varieti bagi :- A. Rambutan B. Belimbing C. Durian D. Pulasan
18. Salah satu daripada berikut bukan baja tunggal :- A. Dolomite B. Urea C. Mauriate of Potash D. Rock Phosphate
19. Siput Gondang Emas adalah perosak bagi A. Padi B. Sayuran C. Tembikai D. Jagung
20. Tanah berasid sulfat di sesuatu ladang dapat dikenalpasti melalui :- A. Peralatan ladang mudah berkarat B. Terdapat bau gas hidrogen sulfida C. Tanah berwarna kebiruan. D. Pertumbuhan tanaman terbantut.
Seksyen B : Soalan Aneka Pilihan Section B : Multiple Choices Question
1. Dalam penanaman pokok buah-buahan pemangkasan melibatkan kerja-kerja seperti :- A. Memotong atau mencantas ranting B. Memotong dahan atau batang pokok untuk membentuk rimbunan pokok C. Membuang bahagian yang tidak dikehendaki D. Mencantas bahagian yang rosak atau berpenyakit E. Semua di atas.
2. Biji benih yang berkualiti mempunyai ciri-ciri berikut :- A. Kadar percambahan yang tinggi B. Kecergasan yang tinggi C. Sihat iaitu tidak berpenyakit D. Kandungan kelembapan yang tinggi E. Bebas dari serangan serangga dan musuh lain.
3. Semua komponen berikut adalah komponen dalam Program Mempelbagaikan Pertanian A. Tanaman Ladang B. Sayur-sayuran C. Farm Units D. Tanaman buah-buahan E. Projek Lebah Madu
4. Tanaman ini sesuai ditanam di kawasan tanah gambut yang mempunyai saliran yang baik :- A. Nanas B. Kelapa C. Buah-buahan D. Teh E. Semua di atas.
5. Berikut adalah hasil daripada minyak kelapa sawit kecuali A. Marjerin B. Kasut C. Sabun D. Minyak masak
6. Yang manakah di antara berikut adalah tumbuhan yang menjalar di atas tanah ? A. Kangkong B. Timun C. Kacang panjang D. Bunga Kertas E. Tiada di atas
7. Di antara berikut, yang manakah sayuran jenis buah ? A. Timun B. Bayam C. Lobak D. Sengkuang E. Semua di atas
8. Baja lurus ialah baja yang A. Membekalkan satu atau dua jenis nutrien sahaja B. Mengandungi banyak nutrien asing C. Lengkap dengan semua nutrien tumbuhan D. Telah sedia dicampurkan E. Terus digunakan
9. Sebelum biji benih di simpan, ia di rawat dengan I racun kulat II racun rumpai III racun serangga IV racun tikus
A. I dan II B. I dan III C. II dan III D. II dan IV
10. Di antara berikut, agensi yang manakah menjadikan aktiviti pemasaran sebagai fungsi utamanya ? I FAMA II MARDI III SALCRA IV Pertubuhan Peladang
A. I dan III B. II dan IV C. I dan IV D. II dan III
Seksyen C : Isi Ruang Kosong Section C : Fill in the blank
1. Negara kita mengimport beras daripada :- A)______________________________ B)______________________________ C)______________________________
2. Namakan 2 varieti jagung manis yang popular di kalangan petani. A)______________________________ B)______________________________
3. Namakan 2 jenis tanaman semusim yang diusahakan oleh pekebun kecil di Sarawak. A)______________________________ B)______________________________
4. Namakan negeri yang paling banyak ditanam getah. A)______________________________ B)______________________________ C)______________________________ D)______________________________
5. Namakan 2 komponen Program Pembangunan Industri Lada dan Rempah dalam Rancangan Malaysia Ke-8 :- A)______________________________ B)______________________________
6. Namakan dua (2) penyakit kulat yang paling serius yang menyerang lada hitam di Sarawak. A)______________________________ B)______________________________
7. Namakan dua (2) produk istimewa lada hitam Sarawak. I)_______________________________ Ii)_______________________________
8. Namakan dua (2) klon durian yang disyorkan untuk ditanam oleh Jabatan Pertanian. I)_______________________________ Ii)_______________________________
9. Namakan dua (2) buah-buahan tempatan asli yang disyorkan untuk penanaman secara komersil oleh Jabatan Pertanian. (i)_______________________________ (ii)_______________________________
10. Namakan dua (2) varieti beras tempatan berkualiti. (i)_______________________________ (ii)_______________________________
11. Namakan dua (2) varieti padi jangka pendek yang disyorkan oleh Jabatan Pertanian. (i)_______________________________ (ii)_______________________________
12. Namakan dua (2) klon getah untuk pengeluaran susu getah dan kayu yang disyorkan. (i)_______________________________ (ii)_______________________________
13. Namakan dua (2) perosak yang paling serius terdapat dalam rumah jaring kalis serangga untuk sayuran. (i)_______________________________ (ii)_______________________________
14. Namakan dua varieti kelapa yang disyorkan untuk pengeluaran kelapa muda untuk minuman. (i)_______________________________ (ii)_______________________________
15. Namakan dua alat pandang dengar yang biasanya digunakan semasa menjalankan kerja-kerja pengembangan. (i)_______________________________ (ii)_______________________________
Seksyen D/Section D:
Soalan 1/Question 1
Namakan 5 jenis komponen terdapat dalam Program Mempelbagaikan Pertanian (ADS) dan berikan nilai bantuan untuk setiap komponen.
Soalan 2/Question 2
Andaikan kamu seorang kakitangan pengembangan untuk projek penanaman nangka. Kamu dikehendaki untuk memperkenalkan kepada para peserta projek cara-cara membuat pemangkasan untuk menggalakkan pengeluaran bunga dan buah. Kamu juga diberitahu bahawa dalam sistem pengembangan "Training & Visit", para petani tersebut dianggap sebagai kumpulan.
a. Huraikan apakah persediaan kamu di pejabat sebelum pergi ke ladang untuk memperkenalkan teknologi baru kepada para petani tersebut.
b. Huraikan apakah aktiviti-aktiviti pengembangan yang harus dijalankan setelah sampai di ladang.
Soalan 3/Question 3
Kamu adalah orang yang melaksanakan projek atau skim pada peringkat daerah.
a. Senaraikan tugas dan tanggungjawab kamu.
b. Senaraikan jenis-jenis format yang digunakan untuk membuat pengesanan dan laporan secara tahunan, tiga bulan sekali dan bulanan.
Soalan 4/Question 4
Di pejabat, kamu menyediakan Pelan Tahunan Pengembangan penanaman padi musim utama dan tembikai pada luar musim. Senaraikan penekanan tajuk dan mesej bagi kedua-dua projek, serta bahan keperluan untuk mengajar yang diperlukan oleh kamu bagi setiap tajuk yang diajar.
[Atas/Top]
|