Penyakit Virus Reput Hujung Tandan Pisang
Penyakit Virus Reput Hujung Tandan Pisang (BBTV)
|
Gambar 1: Penyakit Virus Reput Hujung Tandan Pisang ORGANISMA PENYEBAB Penyakit ini dikategorikan sebagai penyakit A2 di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan Malaysia, bermakna ia merupakan penyakit yang perlu dikuarantin, yang disebabkan oleh virus 'isometric single-stranded DNA', berdiameter 18 nm. Penyakit ini disebarkan melalui bahan tanaman dan juga kutu pisang, Pentalonia nigronervosa Cog. Virus ini dinamakan mengikut tanda-tand reput hujung tandan yang disebabkan oleh virus reput hujung tandan (BBTV) (lihat gambar di atas). Ia pertama sekali ditemui di Fiji pada tahun 1989. Kemudian ia ditemui di Australia, Taiwan, India, Sri Lanka, Vietnam Selatan, Laos, Kemboja, Indonesia, Filipina, Tonga dan Samoa Barat. Pada akhir tahun 1995 penyakit ini dikesan di Sarawak, kebanyakannya pada Pisang Berangan. Langkah-langkah pembasmian telah diambil dengan serta merta oleh Jabatan Pertanian Sarawak dan setakat ini tiada laporan lanjut mengenai penyebaran penyakit ini. TANDA-TANDA PENYAKIT Tanda awal yang bpleh dilihat ialah jalur-jalur berterusan atau terputus-putus berwarna hijau tua (seolah-olah titik dan sempang) pada gagang daun, tulang dan helai daun. Daun-daunnya terkumpul di hujung dan membentuk roset dan dengan itu menampakkan hujung tandan yang bergugusan. Sisi helaian daun menebal dan kering menyebabkannya mudah koyak. Sulur yang dijangkiti menjadi terbantut dengan gagang daun pendek membuatkannya kelihatan menegak. Pisang tidak akan berbuah kalau jangkitan berlaku ketika masih diperingkat muda. Kalau jangkitan berlaku pada peringkat matang, pokok pisang berkenaan akan mengeluarkan tandan buah yang terbantut. Dalam keadaan rumah penanaman, tanda-tanda mungkin kelihatan pada pisang yang disuntik kira-kira 25 hari selepas suntikan dilakukan. Penyakit ini adalah sistematik dan pisang yang dijangkiti akan menghasilkan sulur yang berpenyakit. Kadangkala, sulur daripada pokok pisang yang berpenyakit kelihatan normal, tetapi tanda-tanda biasanya timbul sebelum matang. Virus ini juga boleh disebarkan melalui benih yang dibiak daripada kultur tisu, kadang-kadang dalam keadaan yang tidak menunjukkan tanda-tanda jangkitan. Pokok pisang boleh kekal tiada menunjukkan tanda-tanda jangkitan untuk beberapa bulan selepas ditanam.
PERUMAH Pokok pisang dan kultivar dalam kumpulan acuminata genomic (AA dan AAA) didapati lebih mudah kena jangkitan daripada yang dalam kumpulan balbisiana genomic (BB dan BBB). Kultivar Cavendish (AAA), Pisang Mas (AA), Pisang Embun (AAA) dan Pisang Berangan (AAA) sangat mudah dijangkiti virus ini. Tanaman lain yang mungkin menjadi perumah virus ini ialah kalungan bunga, Hedychium coronarium Koenig (Zingiberaceae), dan taro / keladi, Colocasia esculenta (Araceae). LANGKAH PENCEGAHAN DAN KAWALAN
PEGAWAI DIHUBUNGI Pegawai Penyelidik Kanan, Dr. Lily Eng, Pusat Penyelidikan Pertanian Semongok, Tel: 082-611171, Email: lilye@sarawaknet.gov.my
Sumber: Leaflet No.46-B(E), Banana Bunchy Top Disease, Jabatan Pertanian Sarawak |Top| |
