News

 

Lebih mudah mohon bantuan melalui eTANI

Posted on 17 Jul 2024
Source of News: TVS


Ensan Rajang ditemui di Sarawak Agrofest 2024 di Bintulu, hari ini. Foto TVS
 

BINTULU, 17 Julai: Memohon bantuan berkaitan pertanian lebih mudah dengan adanya permohonan dalam talian – eTANI.

Pemilik kebun sawit, Ensan Rajang berkata platform ini sangat ditunggu-tunggu oleh para petani.

“eTANI ini memang bagus, ia terbuka untuk membantu penduduk rumah panjang. Kami harap kerajaan akan dapat membantu kami seperti baja untuk kebun kami,” katanya ketika ditemui TVS di Sarawak Agrofest 2024 di sini, hari ini.

Seorang lagi petani Muthu Enguat berkata dengan kemudahan seperti ini mereka berharap bantuan kerajaan dapat disalurkan kepada golongan sasaran.

“Kalau sebelum ini, kami tidak pernah menerima bantuan baja. Selama ini memang menggunakan modal sendiri untuk membeli baja.

“Tidak ada bantuan baja daripada kerajaan. Justeru, sekarang ini saya memohon bantuan daripada kerajaan menyediakan bantuan baja,” ujarnya.

Ensan dan Muthu masing-masing mempunyai kebun sawit di Sg Sujan Pandan, Bintulu. – TVS