News

 

Majlis Perasmian Bengkel Pemantapan Pengeluaran Padi dan Beras Sarawak

Posted on 26 Mar 2024
Source of News: Facebook The Ministry of Food Industry, Commodity and Regional Development Sarawak


26 MAC 2024 | KUCHING
Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak YB Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom telah hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Bengkel Pemantapan Pengeluaran Padi dan Beras Sarawak di Hotel UCSI Kuching pada pagi hari ini.
Bengkel yang berlangsung bermula 26 sehingga 28 Mac 2024 ini adalah anjuran bersama pihak Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD), Unit Perancang Ekonomi Sarawak (EPU) dan Jabatan Pertanian Sarawak.
Objektifnya adalah untuk memberi pendedahan, perkongsian idea dan menjadi platform bagi menghasilkan pendekatan baharu dalam industri penanaman padi dalam usaha untuk meningkatkan penghasilan beras di Sarawak.
Turut hadir Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (Industri Makanan) YB Datuk Dr. Haji Abdul Rahman Haji Ismail, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (Komoditi dan Pembangunan Wilayah) YB Datuk Martin Ben, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia (KPKM) Datuk Badrul Hisham Mohd, Setiausaha Tetap M-FICORD Encik Sirai Anak Daha, Pengarah Pertanian Sarawak Encik Dominic Chunggat, dan Timbalan Pengarah EPU Encik Julin Alen.