Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, YB Dato Sri Dr Stephen Rundi Anak Utom mengadakan lawatan kerja ke Kilang Mega BSF Sdn Bhd di Rantau Panjang, Sibu. Mega BSF yang diasaskan oleh Encik William Hu Siew Lok merupakan antara syarikat di Sarawak yang menceburi industri perladangan Black Soldier Fly (BSF).
YB Dato Sri berkata BSF berpotensi dijadikan sebagai makanan alternatif haiwan ternakan dan ianya perlu diperluaskan bagi mengurangkan kebergantungan para penternak mengimport bahan mentah seperti jagung, bijirin dan sebagainya.
Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) telah diamanahkan untuk mengembangkan pertanian BSF serta menjadikannya lebih luas pada masa depan.
Turut hadir Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD), Encik Sirai Daha; Pengarah Pertanian Sarawak; Encik Dominic Chunggat; Ketua Bahagian Dasar & Pembangunan M-FICORD, Dr Gluma Saban; Pemangku Pengurus Besar SALCRA, Encik Sikin Sentok dan Pegawai Pertanian Bahagian Sibu; Encik Andrew Iling.