Kemasukan Ke Program Sijil Pertanian Sesi 2024/2026 di Institut Pertanian Sarawak, Semongok, Jabatan Pertanian Sarawak
Posted on 10 Feb 2026
MAKLUMAN
PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM
SIJIL PERTANIAN SESI 2026/2028 DI INSTITUT PERTANIAN SARAWAK, SEMONGOK, JABATAN PERTANIAN SARAWAK
Dimaklumkan Permohonan kemasukan ke Program Sijil Pertanian Malaysia Sesi 2026/2028 telah dibuka mulai
9 Februari - 17 April 2026
Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui Portal Sistem Maklumat Bersepadu Institut Pertanian Sarawak (SMBIPS) di https://doa-ips-smb.sarawak.gov.my/ dan boleh dimuat turun melalui App Store dan Google Play Store secara percuma. Permohonan juga boleh dibuat secara manual menggunakan borang permohonan yang boleh didapati dari semua Pejabat Pertanian berdekatan atau muat turun borang melalui link : Brosur dan Borang Permohonan ke Institut Pertanian Sarawak. Walau bagaimanapun, permohonan secara atas talian amatlah digalakkan untuk mendapat maklumbalas yang pantas.