Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak memohon kerjasama agensi berkaitan untuk mengedarkan Borang Kaji Selidik Pendapatan Petani, Penternak dan Nelayan 2026 kepada sekurang-kurangnya 100 orang responden bagi setiap agensi.
Borang kaji selidik boleh diisi secara dalam talian atau dimuat turun untuk pengisian secara fizikal.
Jabatan Pertanian Sarawak (DOA) telah ditubuhkan pada tahun 1924 dan fokus utama DOA pada awalnya adalah tanaman getah dan lada. Namun begitu, pada awal tahun 1950an, DOA kemudiannya memberi fokus kepada bahagian pengembangan, latihan dan pendedahan kepada teknologi terkini kepada golongan sasar iaitu petani dan usahawan dalam usaha untuk membantu meningkatkan pengeluaran hasil tanaman dan juga pendapatan seisi rumah.
Visi DOA adalah “Komuniti Agro Lestari” dan misi DOA adalah untuk “Memajukan Komuniti Agro yang produktif, berdaya tahan dan mampan melalui tadbir urus serta pembangunan pertanian yang berkesan”. Pucuk pimpinan DOA adalah diketuai oleh Pengarah Pertanian Sarawak, Datu Dominic anak Chunggat dan beliau dibantu oleh Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan) iaitu Encik Gilbert anak Igi dan Timbalan Pengarah Pertanian (Operasi), Pn. Radziah binti Jack.