Font: IncreaseFont: NormalFont: Decrease
The Official Website of
Department Of Agriculture Sarawak

Planning DivisionPlanning Division


Objektif-objektif Cawangan :

Cawangan Perancangan, Pemantauan dan Penilaian

  • Merancang, menyelaras, menilai, mengkaji semula dan menyedia Pelan dan keperluan bajet Program  Pembangunan Pertanian Jabatan supaya sentiasa tepat dan selaras dengan dasar dan polisi kementerian Pertanian dan kementerian lain yang berkaitan pada masa penyediaan RMK dan kajian separuh penggal yang ditetapkan.

  • Memantau dan menilai keberkesanan pelaksanaan program/projek pembangunan pertanian jabatan secara berskala dan/atau setelah program/projek tamat/siap untuk memastikan  objektif  program/projek seperti yang telah ditetapkan dapat dicapai.

Cawangan Maklumat Pertanian DAN ICT :

  • Merancang, menyelaras, mengumpul, mengemaskini dan menilai pengumpulan data sepanjang tahun untuk penyediaan maklumat utama pertanian yang tepat, sahih dan boleh digunakan bagi tujuan perancangan pembangunan pertanian dan lain-lain.

  • Mengkaji, merancang dan menyelaras semua keperluan ICT Jabatan sepanjang tahun untuk menyokong perlaksanaan aktiviti komersialisasi, modenisasi  dan pengurusan perkhidmatan untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

Cawangan Pembangunan Perniagaan Tani :

  • Merancang, menyelaras, menilai dan mengkaji peluang dan potensi pembangunan perniagaan tani  termasuklah aspek penglibatan dan kerjasama syarikat swasta di bawah seliaan Jabatan sebagai syarikat peneraju dalam pembangunan sektor pertanian di Sarawak.
Fungsi-fungsi Cawangan:

Cawangan Perancangan, Pemantauan dan Penilaian

Perancangan & Bajet:
  1. Menyelaras pelaksanaan dasar dan strategi program pembangunan pertanian daripada Kementerian.
  2. Merancang, menyelaras dan menilai Plan Strategik Sektor Pertanian Jabatan agar bertetapan dengan dasar.
  3. Menyelaras perancangan dan bajet program pembangunan pertanian di bawah Rancangan Malaysia bagi peruntukan negeri dan persekutuan.
  4. Menyelaras perancangan dan bajet program pembangunan khas (Penempatan Semula, NKEA, NKRA, Agropolitan, Digital ekonomi, pembangunan willayah dan lain-lain).
  5. Menyelaras permohonan perubahan siling bagi peruntukan pembangunan pertanian dan kajian separuh penggal (Negeri & Persekutuan).
  6. Menyelaras permohonan perubahan skop program/projek bagi peruntukan pembangunan pertanian (Negeri & Persekutuan).
  7. Merancang dan menyelaras latihan kakitangan Jabatan dalam membuat perancangan dan penyediaan bajet pembangunan.

Pemantauan & Penilaian:

  1. Memantau pelaksanaan program/projek pembangunan pertanian (kewangan dan fisikel)
  2. Menyelaras penggunaan dan pengemaskinian sistem-sistem pemantauan projek pembangunan (SM, SPPII dan SPPP).
  3. Merancang, menyelia dan menyelaras perlaksanaan kajian keberkesanan program/projek pembangunan pertanian.
  4. Merancang perlaksanaan dan menyelaras kaian sosio-ekonomi dan impak dalam bidang mengikut keperluan semasa
  5. Menyediakan laporan-laporan prestasi kewangan dan fizikal bagi program pembangunan pertanian.
  6. Merancang dan menyelaras penyediaan pelan operasi tahunan  (AOP) Jabatan.
  7. Menyelaras isu-isu perlaksanaan projek dan audit.
  8. Merancang dan menyelaras latihan kepada kakitangan jabatan berkaitan dengan kaedah pemantauan dan penilaian program/projek
  9. Urusetia  Mesyuarat Pemantauan Dan Penilaian Program Jabatan (DPDC)

Maklumat Pertanian:

  1. Merancang, menyelaras, mengumpul, mengemaskini, menilai dan menyedia maklumat utama pertanian.
  2. Menyelaras penggunaan dan pengemaskinian  sistem  pangkalan data pertanian.
  3. Merancang dan menyelaraskan latihan kakitangan Jabatan berkaitan pengumpulan data.
  4. Menyelaras penyediaan, penerbitan dan penyebaran Perangkaan Pertanian Sarawak.
  5. Urusetia Mesyuarat Pengesahan Data Perangkaan Tanaman Peringkat Negeri Sarawak.
  6. Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Strategik Jabatan (DSSC).

ICT:

  1. Merancang dan menyelaras keperluan teknologi maklumat
  2. Merancang dan menyelia pembangunan sistem pengkomputeran Jabatan.
  3.  Menyedia Khidmat sokongan office automation (OA) kepada pengguna-pengguna komputer.
  4. Menyelaras penyelenggaraan perkakasan komputer dan latihan yang berkaitan bagi kakitangan.
  5. Urusetia bagi perlaksanaan kualiti bahagian perancangan.
  6. Berfungsi sebagai Chief Information Officer (CIO).

Pembangunan Perniagaantani:

  1. Menyelaras dan sebagai urusetia Jawatankuasa penilaian plan perniagaan.
  2. Menyelaras MOU/MOA/Leasing agreement dibawah Jabatan Pertanian Sarawak.
  3. Menyelaras permohonan insentif cukai bagi pengeluaran makanan.
  4. Menyelaras permohonan lesen perniagaan dan akaun perniagaan (LHDN).

Perhubungan:

  1. Focal person Jabatan bagi jawatankuasa Bilateral (sosek  malindo, Sarawak/brunei, TWG Singapore/ Malaysia, TWG Indonesia/Malaysia, TWG ASEAN).
  2. Focal person Jabatan dalam perkara berkaitan dengan devolution of power.
  3. Menghadiri Jawatankuasa teknikal/pemandu bagi sesuatu kajian yang dilaksanakan food basket, Smart city, Agropolitan, SCORE, B40 dan lain-lain.
  4. Menyelaras pengumpulan data kerosakan akibat bencana.
  5. Sebagai urusetia peringkat jabatan bagi Dewan Undangan Negeri.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
Planning Division, Headquarters: 082-441000 / 082-319841