Font: IncreaseFont: NormalFont: Decrease
The Official Website of
Department Of Agriculture Sarawak

AGRICULTURE INSTITUTE SARAWAK: 2nd Activity March 2016AGRICULTURE INSTITUTE SARAWAK: 2nd Activity March 2016
Latihan Asas Pertahanan Awam Pelajar IPS (JPAM)

Latihan pertahanan awam untuk pelajar IPS telah diadakan pada 4 hingga 6 Mac 2016 bertempat di Pusat latihan Pertahanan Awam Negeri Sarawak, Jln. Diplomatik, Petra Jaya, Kuching.

Latihan tersebut telah dihadiri oleh seramai 97 orang pelajar IPS Tahun 1 (Sem 2) sesi 2015/2017.  Aktiviti ini dianjurkan oleh IPS dan Jabatan Pertahanan Awam Sarawak (JPAM) yang dikategorikan sebagai  Pasukan Institusi Sukarela Pertahanan Awam (PISPA).  Tujuan utama kursus adalah untuk memberi kesedaran terhadap kepentingan pengurusan bencana di samping memantapkan disiplin dan keperibadian pelajar.  Di antara aktiviti utama semasa latihan adalah taklimat pertolongan cemas, latihan jasmani, kawad, pengurusan bencana, kerja berpasukan.  Semua pelajar diberi Sijil Penyertaan dan kad keanggotaan JPAM setelah kursus berakhir.

Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Penolong Pengarah Pertahanan Awam Sarawak.

Gambar beramai-ramai di antara pelajar IPS & IKM, Urusetia dan Jurulatih

Cenderahati untuk pihak JPAM daripada Wakil IPS