Font: IncreaseFont: NormalFont: Decrease
The Official Website of
Department Of Agriculture Sarawak

AGRICULTURE INSTITUTE, SARAWAK : SYARAT-SYARAT PERMOHONANAGRICULTURE INSTITUTE, SARAWAK : SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Pengambilan dibuat berdasarkan syarat-syarat kelayakan berikut :

  1. Warganegara Malaysia berumur di antara 17 hingga 25 tahun pada masa kursus bermula.

  2. Berkelulusan SPM atau SPVM atau yang setaraf dengannya dan mempunyai kelayakan yang diperolehi dalam peperiksaan seperti berikut :

    • Lulus dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) dan

    • Lulus dalam Bahasa Inggeris dan

    • Lulus dalam matapelajaran Matematik dan

    • Kepujian dalam salah satu mata pelajaran iaitu Sains Pertanian, Sains, Geografi, Perdagangan, Prinsip Akaun, Ekonomi Asas, Pengeluaran Tanaman, Pengeluaran Ternakan, Hortikultur Hiasan dan Landskap, Kejenteraan Ladang, Pengurusan Ladang, Ekonomi Rumahtangga, Fizik, Kimia, Biologi, Sains Tambahan, Teknologi Bengkel Mesin, Kerja Menggegas dan Memesin, Teknologi Binaan Bangunan, Kerja Kayu dan Bata, Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam, Kerja Kimpalan, Teknologi Automotif,0)Menservis dan Membaiki Kenderaan, Prinsip Perniagaan, Asas Perakaunan, Perniagaan dan Keusahawanan, Asas Pemprosesan Maklumat, Teknologi Katering, Penyediaan dan Perkhidmatan Makanan, Matematik Tambahan, Pengajian Agroteknologi, Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Pengajian Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Teknologi Kejuruteraan, Teknologi Maklumat, Pengurusan Makanan, Katering dan Penyajian, Landskap dan Nurseri, Tanaman Makanan, Teknologi Bakeri dan Konfeksioneri, Membuat Roti dan Patisserie dan

  3. Berjaya dalam temuduga yang dijalankan dan

  4. Belum berkahwin.