Font: IncreaseFont: NormalFont: Decrease
The Official Website of
Department Of Agriculture Sarawak

AGRICULTURE INSTITUTE, SARAWAK : PENGENALAN PROGRAMAGRICULTURE INSTITUTE, SARAWAK : PENGENALAN PROGRAM

Pengenalan Program Sijil Pertanian Malaysia

Program Sijil Pertanian Malaysia yang dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian Sarawak merupakan program kebangsaan di Institut Pertanian Malaysia yang merupakan satu-satunya program peringkat sijil yang menjalankan latihan belia secara kolektif, yang mana kurikulumnya merangkumi kesemua aspek kognitif, psikomotor dan afektif yang perlu dipelajari bagi menyediakan modal insan yang inovatif, produktif dan berdaya saing. Program Sijil Pertanian ini juga akan dapat melahirkan modal insan yang berpengetahuan tinggi, kompeten dan berkemahiran bagi memastikan mereka mampu menjadi Pengurus ladang atau perusahaan mereka sebagai satu bisnes yang berdaya saing dan maju.

Sijil Pertanian di Institut Pertanian Sarawak, Semengok telah diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan setaraf dengan Sijil Politeknik (Teknikal) Politeknik-politeknik di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia sejak 18 Januari 1996. Program latihan ini ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan melalui Jabatan Pertanian Sarawak.