Polls
Announcements

Tawaran Tender Perikanan Darat Bantuan Nelayan Mei 2021

Posted on 10 May 2021

KENYATAAN TAWARAN TENDER 1/DOA/IF/T/2021 MEMBEKAL & MENGHANTAR INPUT PERALATAN PERIKANAN NELAYAN KE JABATAN PERTANIAN BAHAGIAN MUKAH 2021

Bil. No. Ruj. Tender Tajuk Tender Pendaftaran Kategori, Kepala & Sub-Kepala Yuran Dokumen (RM) Tarikh Tutup
1. 1/DOA/IF/T/2021 Tender Membekal dan Menghantar Input Peralatan Perikanan Nelayan ke Jabatan Pertanian Bahagian Mukah 2021 Kategori - A
Kepala - V(b),(e)
Sub-Kepala - 3
50.00 12.00 tengahari
23.06.2021
  1. Tender adalah dipelawa daripada Pembekal/Kontraktor yang berdaftar dengan Unit Pendaftaran Kontraktor dan Juruperunding (UPKJ) dalam Kategori dan Jenis Pendaftaran yang berkaitan serta mempunyai tempoh pendaftaran yang sah untuk membuat tawaran pada masa ini bagi bekalan/perkhidmatan di atas.
  2. Dokumen Tender hanya akan dijual kepada pemilik atau wakilnya yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pemilik/Rakan Kongsi/Pengarah Syarikat dengan mengemukakan SIJIL ASAL UNIT PENDAFTARAN KONTRAKTOR DAN JURUPERUNDING (UPKJ), SIJIL ASAL PENGIKTIRAFAN STATUS BUMIPUTERA (jika berkenaan) dan SURAT PERWAKILAN KUASA (jika berkenaan) sebelum Dokumen Tender dijual kepada Pembekal/Kontraktor yang layak.
  3. Bayaran Yuran Dokumen Tender hendaklah dibuat dalam bentuk Draf Bank atau Kiriman Wang Pos (Money Draft) atau Kiriman Wang Pos Berpalang (Postal Order) yang dibayar atas nama Kerajaan Negeri Sarawak.
  4. Contoh Dokumen Tender boleh disemak dan Dokumen Tender boleh diperoleh mulai 27.05.2021 hingga 23.06.2021 pada waktu pejabat di alamat Bahagian Perikanan Darat, Jabatan Pertanian Sarawak, Tingkat 12, Menara Pelita, Jalan Tun Abd Rahman Yakub, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak.
  5. Dokumen Tender yang sudah lengkap hendaklah dimasukkan sendiri oleh Pemilik/Wakil Syarikat/Firma ke dalam Peti Tawaran dengan menggunakan sampul berlakri serta mempunyai catatan Nombor dan Tajuk Tender. Dokumen Tender hendaklah diserahkan selewat-lewatnya jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup 23.06.2021 di alamat seperti di bawah:

PENGERUSI

LEMBAGA TENDER PUSAT NEGERI

Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri, Tingkat 14, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya,

93050 Kuching, Sarawak


     6. Dokumen Tender yang lewat tidak akan dipertimbangkan.

 

TERIMA KASIH