Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil

Perutusan PengarahPerutusan Pengarah

Pengarah Pertanian Sarawak
 

Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Jabatan Pertanian Sarawak.

Sebagai sebuah agensi peneraju di bawah Kementerian Permodenan Pertanian, Tanah Adat Dan Pembangunan Wilayah, Visi kami ialah 'transformasi komuniti pertanian yang berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030' dan Misi kami ialah 'untuk memodenkan dan mengkomersialisasikan bidang pertanian supaya meningkatkan pendapatan komuniti pertanian secara berterusan. Jabatan juga akan berkongsi maklumat mengenai fungsi dan tugas jabatan, objekif, program dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelangan-pelangan kami. Makmulat yang ditawarkan adalah berguna sebagai rujukan mengenai pembangunan pertanian di Sarawak.

Laman sesawang ini memaparkan maklumat terkini mengenai program, aktiviti dan perkhidmatan kami, juga statistik dan penerbitan kepada klien dalaman dan luaran.

Selaras dengan keperluan agensi kerajaan dengan menggunakan e-Kerajaan, laman web ini adalah direka dan membolehkan maklumat mengenai produk dan perkhidmatan disebarkan. Ia juga menyediakan rangkaian ke laman web agensi-agensi dan institusi lain yang berkaitan dengan pembangunan pertanian, Penyelidikan dan Pembangunan, pemprosesan dan pemasaran.

Akhir kata, saya berharap laman web ini akan bermanfaat kepada semua pelayar, khasnya para peladang dan usahawan tani, dan kami mengalu-alukan sebarang komen dan cadangan untuk penambahbaikan.


Picture