Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil

Dasar Kualiti, Objektif Kualiti, Skop ImplementasiDasar Kualiti, Objektif Kualiti, Skop Implementasi

Dasar Kualiti

Jabatan Pertanian Sarawak beriltizam untuk menepati keperluan serta ekspektasi pelanggannya melalui perkhidmatan, produk dan tenaga kerja yang berkualiti.


Objektif Kualiti

PROSES OBJEKTIF

ANALISA SISABAKI RACUN PEROSAK

Memberi laporan Sisabaki Racun Perosak dalam masa enam puluh (60) hari  atau lebih awal.

PENGELUARAN PERMIT IMPORT HAIWAN DAN PRODUK HAIWAN

Mengeluarkan permit import untuk haiwan dan produk haiwan dalam masa dua (2) hari waktu kerja.

PENGELUARAN SIJIL FITOSANITARI DAN PERMIT EKSPORT TUMBUHAN DAN PRODUK TUMBUHAN

Mengeluarkan sijil fitosanitari untuk eksport tumbuhan dan produk tumbuhan dan lesen eksport untuk tumbuhan dalam masa (3) hari waktu kerja.

PENGURUSAN PROGRAM SIJIL PERTANIAN MALAYSIA

Mengurus Program Sijil Pertanian Malaysia kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia / SPVM dengan pengambilan seratus (100) pelajar setiap tahun dengan kadar kelulusan 95% setiap semester.


Sistem Pengurusan Kualiti melibatkan proses-proses:

 

1.  Kawalan import haiwan dan produk-produk haiwan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan Lembaga Pelabuhan Kuching  (Pelabuhan Senari ) di Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar Negeri, Jabatan Pertanian Sarawak, Lot 877 Jalan Semongok, Off Batu 12, Jalan Kuching-Serian, 93250 Kuching.

2.  Kawalan eksport tumbuhan dan produk tumbuhan di Cawangan  Perlindungan Tananman & Kuarantin Tumbuhan (ANNEX Complex) Jalan Kumpang Off Jalan Ong Tiang Swee, 93200 Kuching.

3.  Analisis Sisabaki Racun Perosak di Makmal  Sisa Baki Racun Perosak, Pusat Penyelidikan Pertanian, KM20,  Jalan Puncak Borneo,  Semongok.

4.  Pengurusan Program Sijil Pertanian Malaysia di Institut Pertanian Semongok, Kilometer 20, Jalan Kuching/Serian Semongok, 93250 Kuching.