PENGENALAN Pejabat Pertanian Bahagian Kuching terletak ditengah-tengah bandar Kuching. Bahagian Kuching mempunyai keluasan sejumlah 4,566 km persegi (kira-kira 3.7 peratus daripada jisim tanah Sarawak) atau 444,030 ha. Bahagian Kuching mempunyai penduduk seramai 565,504 orang (Banci 2000), dan kebanyakannya tinggal di bandar Kuching dan sekelilingnya (lebih kurang 495,996 orang). Pecahan populasi penduduk berdasarkan bangsa mengikut daerah pertanian adalah seperti berikut
Terdapat 352 kampung dan 16,625 keluarga tani di Bahagian Kuching dan kebanyakan mereka tinggal di daerah Siburan, Bau dan Lundu. Pecahan kampung dan keluarga tani adalah seperti berikut:
Bahagian Kuching terbahagi kepada tiga daerah pentadbiran iaitu Kuching, Bau dan Lundu. Walau bagaimanapun, bagi tujuan perancangan dan pembangunan berpusat, ia telah dibahagikan kepada 4 daerah pertanian iaitu Kuching, Siburan (masih di bawah Daerah Kuching), Bau dan Lundu. Aktiviti pertanian utama yang dijalankan oleh petani di Bahagian Kuching termasuk berkebun untuk tujuan pemasaran (market gardening) yang membekalkan buah-buahan dan sayuran ke bandar-bandar, bertanam lada dan kelapa, menternak ayam-itik dan haiwan ruminan (berskala kecil) dan akuakultur (pembiakan ikan dalam kolam & sangkar air tawar dan payau secara komersial dan menternak udang harimau terutama di daerah Kuching dan Lundu). Penanaman estate seperti kelapa sawit terdapat di daerah Bau dan Lundu sahaja. Pejabat Pertanian Bahagian Kuching diketuai oleh Pegawai Pertanian dengan gelaran jawatan sebagai Penolong Pengarah Pertanian, manakala Pejabat Pertanian Daerah diketuai oleh Penolong Pegawai Pertanian. Setiap Pejabat Pertanian Daerah masing-masing mempunyai Pertubuhan Peladang Kawasan. Pertubuhan Peladang Kawasan ditubuhkan di bawah Akta Pertubuhan Peladang, dan di Sarawak ia adalah di bawah naungan Jabatan Pertanian Sarawak memandangkan kebanyakan daripada stafnya merupakan kakitangan Jabatan. Pertubuhan Peladang Kawasan diuruskan oleh Pengurus Besar (kategori Penolong Pegawai Pertanian). Ia mengendalikan aktiviti komersial Jabatan Pertanian seperti memasarkan produk ladang ahli-ahlinya dan menjual input pertanian dan ladang kepada mereka. Peranannya hanyalah menyediakan outlet pemasaran alternatif sebagai tambahan kepada outlet-outlet persendirian atau pasar runcit yang sedia ada.
[ PROJEK ] [ HUBUNGI KAMI ] [ CARTA ORGANISASI ]
|