Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 12 Nov 2019
Versi 8.2.2

Please scan QR Code

Sila imbas Kod QR 

untuk paparan mobil

 

 

 

 

 

 

 

 

 for mobile view
  Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami:

Alamat:
Jabatan Pertanian Sarawak, Tingkat 7, 12-14, 16-17, Menara Pelita, Jln. Tun Abdul Rahman Yakub, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak

No. Telefon:  082-441000  
No Faks      :  
082-447639 (Pejabat Pengarah), 
                        082-446039 (Sumber Manusia)

Emel : 

Pitaya (Buah Naga)Pitaya (Buah Naga)

PENANAMAN PITAYA

1. Nama Tempatan: Dragon fruit, pitaya

      Picture    Picture

2. Varieti yang disyorkan:

Klon Ciri-ciri
Hylocereus undutas Kulit berwarna merah dan isinya putih.
Hylocereus costaricensis & H. polyrhizus Kulit berwarna merah dan isinya merah.

3. Keperluan Tanah dan Iklim

  • Boleh tumbuh di kebanyakan jenis tanah kecuali jenis menakung air.
  • Lebih sesuai pada kawasan tanah datar.

4. Jarak Tanaman: 2.4m x 3m (1388 tiang sokongan/ha)

 

Tiang sokongan : kedua-dua tiang konkrit dan belian dengan ukuran 13 sm persegi & 1.8m panjang adalah disyorkan. (0.45m di dalam tanah dengan 1.35m di atas aras tanah)

Penanaman ladang : gunakan keratan yang bersih dan bebas penyakit dari varieti yang disyorkan dan dari pembekal yang boleh dipercayai. Keratan berukuran 30-40 sm panjang boleh ditanam terus di atas busut yang telah disediakan. Tanam 2-3 keratan pada jarak yang sesuai di sekeliling tiang. Setelah batang semu keluar, pilih 3-4 daripadanya untuk menjalar pada tiang sokongan. Batang semu yang baru ini mesti diikat pada tiang menggunakan tali untuk menggalakkan pertumbuhan akar udara (untuk melekat pada tiang).

5. Pembajaan

Tahun
Kekerapan
Jenis Baja
Jumlah / Pokok / Tahun
(kg)
Kadar Pembajaan
(kg)
0
Semasa tanaman Rock Phosphate
Dolomite
Tahi Ayam
0.40
0.10
5.00
0.40
0.10
5.00
1

Setiap 2bulan
Bila mula berbunga, setiap 2 bulan

15:15:15

12:12:17:2 + TE

0.40

0.30

0.10

0.10

2 dan ke atas

Setiap 2 bulan
Setiap 4 bulan

12:12:17:2+TE
Baja organik (cth : superorganics)

1.20
15.0
0.20
5.00

 
Pemangkasan : Batang semu boleh mencapai puncak tiang sokongan selepas 2-3 bulan ditanam ( batang2 ini akan melengkung & mungkin akan berpecah). Biarkan 3-4 batang semu sekunder tumbuh dari batang semu utama (dekat dengan tiang sokongan). Setiap batang semu sekunder dibiarkan mengeluarkan 3-4 lagi batang semu peringkat ketiga. Tiang sokongan yang baik disyorkan untuk menampung 30-40 batang semu. Batang semu yang telah berbuah 1-2 kali atau yang terlindung hendaklah dipangkas .

6. Tempoh Vegetatif: 8 - 12 bulan.

7. Jangka umur ekonomik: 10 -15 tahun.

8. Penuaian dan Hasil

  Anggaran hasil : 30 - 50 buah (20 - 30 kg)/tahun/tiang sokongan .

9. Kawalan Perosak dan Penyakit

Perosak / Penyakit
Simpton
Kawalan
1. Kerengga   Beberapa spesis didapati memakan pucuk pitaya. Pucuk akan digigit menyebabkan luka yang boleh mengundang penyakit kepada pokok pitaya.  
  1. Tiada terdapat racun serangga yang spesifik untuk kawalan.
  2. Chlorpyrifos selalu digunakan.
2. Siput   Beberapa spesis didapati memakan batang dan pucuk pitaya. Kesan gigitan selalunya ketara.  

1. Racun siput : cth Siputox

2. Sanitasi ladang baik adalah penting untuk mengurangkan pembiakan siput.

| Atas |

 
Sumber: Scheme Mechanics, 9MP (2006-2010) Fruit Industry Development Programme, June 2006