Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil

Perhimpunan & Perarakan Sempena Maulidur Rasul 2019
Tarikh : 11 Nov 2019  Sumber Berita: DOA Sarawak
 

Jabatan Pertanian Sarawak telah menyertai acara Perhimpunan & Perarakan Sempena Maulidur Rasul 2019 peringkat negeri di Padang Merdeka, Kuching pada Sabtu, 09 November 2019.  Jabatan Pertanian Sarawak diwakili oleh warga Jabatan daripada peringkat Ibu Pejabat dan Pejabat Pertanian Bahagian Kuching.  Pejabat Pertanian Bahagian Sri Aman, Sibu dan Bintulu juga turut serta dalam perarakan di bahagian masing-masing.

Jabatan Pertanian Sarawak telah merangkul hadiah pertama bagi ketiga-tiga kategori di Kuching iaitu Kontinjen Terbaik bagi Kontinjen Kategori A (Jabatan Kerajaan), Kontinjen Terbaik (Keseluruhan) dan Sepanduk Terbaik manakala kontinjen Pejabat Pertanian Sri Aman mendapat Naib Johan di Sri Aman.