KENYATAAN MEDIA: Kemaskini Pengimportan Guarana ke Sarawak
Guarana (Paullinia cupana), adalah sejenis tumbuhan yang terkenal dengan khasiat yang boleh memberi tenaga. Guarana telah menarik perhatian ramai kerana kegunaannya yang pelbagai dan penanaman di Sarawak berpotensi untuk mendapat hasil yang tinggi. Guarana yang berasal dari Brazil, Amerika Selatan, telah menjadi tumbuhan yang menarik minat pengimport. Pengimportan Guarana menimbulkan kebimbangan kerana ia akan memberi ancaman kepada landskap pertanian Sarawak, khususnya industri getah, berikutan risiko memperkenalkan penyakit Hawar Daun Amerika Selatan (SALB).
Penyakit SALB, yang disebabkan oleh kulat Microcylus ulei, telah menyebabkan kemusnahan pada tanaman getah di negara seperti Brazil, Colombia dan Costa Rica. Pengimportan benih Guarana dari Brazil menimbulkan kebimbangan kerana berkemungkinan benih tersebut membawa spora SALB yang boleh menjejaskan industri getah Malaysia yang bernilai lebih RM18 bilion setahun.
Memandangkan pengimportan Guarana adalah berisiko tinggi, Jabatan Pertanian telah menguatkuasakan peraturan yang ketat di bawah Peraturan Kuarantin Tumbuhan 1981 di mana pengimportan tumbuhan dari negara endemik SALB, termasuk Brazil, adalah dilarang kecuali untuk tujuan penyelidikan. Langkah ini diambil bertujuan untuk menjaga kepentingan pertanian di Malaysia dan mencegah penularan penyakit SALB.
Peraturan Kuarantin Tumbuhan 1981 (Seksyen 5(1)) telah menetapkan bahawa sebarang pengimportan tumbuhan dari luar negara ke Malaysia, atau antara wilayah komponennya, adalah dilarang sama sekali melainkan disertakan dengan permit import. Sebelum permit import diberikan, Analisa Risiko Perosak yang teliti perlu dijalankan untuk memastikan tumbuhan yang dibawa masuk ke Sarawak tidak membawa sebarang perosak. Sehubungan itu, mana-mana pihak yang berhasrat untuk mengimport benih atau tumbuhan Guarana perlu mematuhi garis panduan berikut:
1. Pemeriksaan Pengesahan Pematuhan (VOC) dan rawatan kuarantin di negara pengeksport dan transit.
2. Memperoleh Sijil Fitosanitasi daripada negara pengeksport dan transit.
3. Pemeriksaan oleh pegawai pemeriksa yang dilantik apabila konsainan tiba di pintu masuk ke Sarawak.
4. Pelaksanaan syarat kuarantin lepas masuk untuk tempoh 6 bulan di premis yang diluluskan.
Lanjutan daripada minat yang ditunjukkan oleh orang awam/pengimport dalam pengimportan Guarana dari Brazil, pelbagai usaha telah dibuat bagi memastikan prosedur dan garis panduan yang ditetapkan dipatuhi. Walau bagaimanapun, Jabatan Pertanian Malaysia tidak dapat melaksanakan VOC di Brazil kerana Kementerian Pertanian Ternakan dan Bekalan Makanan, Brazil memaklumkan bahawa Brazil hanya membenarkan pengeksportan benih Guarana ke Malaysia untuk tujuan pemprosesan dan/atau penggunaan sahaja. Kerajaan Brazil dengan jelas melarang pengeksportan benih Guarana untuk penanaman di bawah Undang-undang No.13,123/15, 20 Mei 2015 (Access and Benefits Sharing of Genetic Resources and Associated Traditional Knowledge (ABS)).
Di peringkat antarabangsa, Protokol Nagoya mengenai Access and Benefits Sharing of Genetic Resources dan Fair and Equitable Sharing of Benefits adalah penting dalam persetujuan di bawah Konvensyen Kepelbagaian Biologi. Selaras dengan Akta 795 yang digubal pada Februari 2019, Malaysia telah menandatangani Protokol Nagoya dan turut menyokong sepenuhnya ABS.
Adalah penting untuk mengambil maklum bahawa halangan kepada pengimportan Guarana bukanlah hanya disebabkan ketiadaan permit import di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan, namun apa yang menjadi perhatian utama adalah pematuhan terhadap syarat dan peraturan seperti yang dinyatakan dalam Akta Access to Biological Resources and Benefit Sharing.
Pengimportan Guarana ke Malaysia termasuk ke Sarawak sebelum ini tidak dapat disahkan pematuhannya terhadap prosedur larangan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Brazil. Oleh itu, setiap protokol yang melibatkan ABS perlu dipatuhi sebelum sebarang aktiviti penanaman, komersial atau penyelidikan terhadap manfaat tumbuhan ini dijalankan. Pendekatan proaktif ini penting bagi mengelakkan sebarang kemungkinan tindakan undang-undang daripada Kerajaan Brazil pada masa hadapan.
In our continuous effort to enhance service excellence, Jabatan Pertanian Sarawak, in collaboration with DagangNet, is pleased to announce an exciting upgrade to improve your experience with ePermit. We are transitioning to the new and improved version of ePermit, namely New ePermit.
To facilitate this transition, please note the following schedule adjustments:
Import Permit Application Deadline: Kindly be advised that import permit applications will cease at 10:00 AM on 8th March 2024 (Friday). This pause is essential to ensure that pending applications can be efficiently processed on the same day.
Temporary Downtime: ePermit services will be temporarily unavailable from 3:00 PM to 7:00 PM on 9th March 2024. This period will be utilised to integrate ePermit with the New ePermit platform, ensuring a smooth transition for all users.
Commencement of New ePermit: The issuance of import permits using the New ePermit system will commence promptly at 7:00 PM on 9th March 2024. You can continue your permit applications using your existing user ID and password, which remain valid for the New ePermit platform.
Awareness Sessions: To ensure all importers are familiar with the New ePermit system, a series of awareness sessions will be conducted on 4th March 2024 (Monday). We encourage all users to participate in these sessions to maximise the benefits of the upgraded platform and address any queries or concerns you may have.
We sincerely apologise for any inconvenience caused during this transitional phase. Rest assured, our team is committed to minimising disruption and providing uninterrupted service throughout this process.
Department of Agriculture Sarawak (DOA) was established in 1924 and the main focus of the Department was on rubber and pepper. However, in the early 1950s, DOA then shifted its’ focus to extension, training and exposure of new technology to the farmers and entrepreneurs with the intention to increase the crop production and household income.
26 Mar 2024 - 28 Mar 2024
Organizer : Kementerian Industri Makanan, Komoditi & Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD), Unit Perancang Ekonomi Sarawak (EPU) & Jabatan Pertanian Sarawak Venue : UCSI Hotel, Kuching