Theme: Blue and Green Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Last Update: 24 Jun 2018
Version 8.0.4b

Please scan QR Code

Please scan QR Code

for mobile view

 

 

 for mobile view

 

For more enquiries, please contact us:
Address :
Department of Agriculture Sarawak, 7 & 12-17th Floor, Menara Pelita,
Jln. Tun Abdul Rahman Yakub, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak
Tel. No.: 082-441000   Fax No.: 082-447821
Email :
 

For more enquiries, please contact us:

Address :

Department of Agriculture Sarawak, 7th, 12-14, 16-17th Floor, Menara Pelita, Jln. Tun Abdul Rahman Yakub, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak

Tel. No.:  082-441000  
Fax No.:  082-447639 (Director Office), 
                 082-446039 (Human Resource)

Email : 

 

Paddy Varieties in SarawakPaddy Varieties in Sarawak

VARIETI-VARIETI PADI DI SARAWAK

Varieti Padi yang disyorkan 

Varieti padi terpilih di Sarawak berdasarkan mutunya yang tinggi terutama dari segi aroma, mutu makan, saiz beras, ketahanan terhadap penyakit (terutama penyakit karah) serta serangan serangga, ketahanan terhadap kemarau, ketahanan terhadap kekurangan zat tanah, tempoh matang dan kuantiti hasil.  

Aroma dan Mutu Makan

Varieti terpilih yang mempunyai aroma wangi dan mutu makan yang baik ialah varieti Biris dan Wai (Rotan).  Walau bagaimanapun, varieti-varieti ini mudah dijangkiti penyakit karah dan pengawalan terhadap penyakit perlu dititikberatkan jika menanam varieti ini.  Tempoh matang varieti-varieti ini ialah selama 5½ bulan dan hasilnya pula 3.0 - 4.5 tan/ha.  Varieti lain untuk mutu makan yang baik tetapi tidak mempunyai aroma ialah Adan (Bario), Mahsuri Mutant dan Jarum Mas.  Tempoh matangnya ialah 2½ - 5½ bulan sementara hasilnya sebanyak 2.5 - 4.0 tan/ha.  Hasil tinggi, tempoh matang, tahan kemarau dan tanah tidak subur Varieti-varieti yang sesuai untuk kawasan kerap dilanda kemarau atau sukar mendapat bekalan air serta tanah kurang subur tergolong dalam kumpulan Varieti Jangka Panjang (Long Term Variety) iaitu Kara 1 dan Lasak, Serendah Kuning, Baru 3 dan Acheh 62.  Kara 1 dan Lasak adalah varieti tempatan manakala selebihnya dari negara lain.  Kesemuanya mengambil masa lebih dari 5 bulan untuk matang.  

Varieti-varieti ini tumbuh tinggi dan mampu bersaing dengan rumpai.


Tahan Penyakit, serangan perosak, tempoh matang pendek dan hasil tinggi

Varieti-varieti yang disyorkan ialah MR27 (Kadaria), MR30, MR52 (Manik) dan Mahsuri Line 17 untuk sistem padi sawah.  Walau bagaimanapun, varieti-varieti ini tidak sesuai untuk kawasan yang kurang baik pengairannya samada kerap kemarau atau banjir.  Tempoh matang pendek iaitu 4 - 4½ bulan.  Hasil pula tinggi iaitu 3 - 5 tan/ha.  Tempoh matang pendek dan hasil tinggi Varieti-varieti ini merupakan Varieti Jangka Pendek (Short Term Variety) yang sesuai untuk tanaman 2 kali setahun kerana tempoh matangnya 5 bulan atau kurang.  Tanah perlulah subur dan kawalan penyakit dan perosak perlu dititikberatkan.  Purata hasilnya sebanyak 4.4 tan/ha.  Varieti-varieti yang disyorkan ialah Bahagia, Mahsuri Line 17 dan Mahsuri x Ria.


Sumber: Booklet No.28-D (BM); Varieti-varieti Padi Untuk Sarawak, Unit Editorial, Jabatan Pertanian Sarawak.